23 : " ANGRY "

1K 107 0
                                    

IZZUE mengikut Haira menaiki anak tangga. Sempat memandang sekeliling. Ini adalah kali pertama kakinya berada di rumah kedai. Tidak dapat dinafikan keindahkan permandangan yang dilihat dari sudut rooftop ini.

Usai menaiki anak tangga, Haira menoleh. Tersenyum dia melihat si lelaki tinggi lampai yang bagaikan terpana dengan permandangan yang disajikan.

"Ehem,"

Izzue separa terkejut. Kepala diangkat.

"Tak nak naik ke?" Haira sudah tersenyum.

Izzue yang seakan tersedar terus menyambung tiga langkah yang berbaki, sehingga tiba di tingkat kedua rumah kedai tersebut.

"Awak nak tunggu sini ke atau masuk dalam?"

"Hm?" agak terkejut Izzue dengan soalan itu.

"Eh bukan itu maksud saya!" Haira sendiri jadi malu.

"Aaa.., Ada adik saya kat dalam, bukannya kita berdua je." wajah Haira mula memerah. Terasa seperti mahu menampar diri sendiri. Boleh pula otak tak fikir dulu sebelum hantar impuls pada organ mulut!

Izzue mengangguk, tenang sahaja. "Tak apalah. Aku tunggu luar,"

"Oh, ok. Awak tunggu dulu ea, saya pergi ambil sapu tangan awak tu sekejap."

"Hmm," ringkas Izzue membalas. Pandangan kembali dihala pada permandangan yang indah.

Haira pula pantas menekan kata laluan rumah. Pintu dibuka dan kaki melangkah masuk. Kerutan di dahi muncul tatkala suasana gelap gelita menyapa pandangan. Hanya lampu dapur sahaja yang menyala.

Suis ruang tamu ditekan, "Harraz?"

Haira tersenyum kecil saat melihat dua buah pinggan yang masih basah di tempat susun pinggan. Pandangannya dilarikan pula pada lauk yang tinggal sedikit.

"Hah, pandai pun kemas,"

Haira memandang sekeliling. Tapi, mana adik bertuahnya itu pergi?

Menyedari Izzue yang sedang menunggu, kaki pantas diatur ke bilik. Laci almari dibuka lalu sapu tangan comel yang telah siap dicuci diambil.

Haira kembali melangkah keluar dari rumah. Dari belakang, pandangan menangkat kelibat Izzue yang sedang berdiri tenang memandang permandangan malam. Kedua tangan lelaki itu diseluk dalam kocek seluar pendek paras lutut. Gaya 'cool-cool' lah gitu.

"Awak,"

Izzue menoleh. Angin dingin malam yang agak kuat membuatkan rambutnya agak serabai, namun masih tampan.

"Nah," sapu tangan dihulur kepada Izzue.

Izzue memandang lama sapu tangan tersebut sebelum perlahan-lahan menyambutnya.

"Ini memang sapu tangan awak kan?" Haira memulakan perbualan. Janggal juga bila mamat di hadapannya itu tidak ke sudah merenung sapu tangan tersebut.

"Hm," jawab Izzue acuh tak acuh. Wajah Haira tidak dipandang.

"Saya tengok sapu tangan tu cantik sangat. Bila nampak ukiran nama kat bawah tu, saya agak mesti sapu tangan ni istimewa, kan?" Haira tersenyum kecil sebelum menyambung kata.

"Jadi awak tak payah risau, saya dah cucikan sapu tangan ni,"

Izzue tersentak. Pantas dia memandang tajam Haira. "Kau..kau basuh sapu tangan ni?"

"Yeah?" Haira mula gerun. "Ah..ya..,"

Izzue memejam mata sesaat. Sapu tangan itu dipandang lagi lalu didekatkan dengan hidung dan..

Tiada. Bau minyak wangi yang sering dipakai Dianne sudah tiada.

Izzue menolak pipi dalamnya dengan lidah. Haira dipandang dengan rasa geram yang cuba ditahan.

"Sia..siapa suruh kau basuh hah?!"

*******

"BERHENTI sini ya, dik?"

"Ya, pak cik." jawab Haziq dan Harraz serentak.

Pak Cik teksi itu mengangguk faham lalu menghentikan kereta di simpang yang ditunjukkan Harraz dan Haziq. Harraz kemudiannya menghulurkan duit tambang. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka melangkah keluar dari teksi.

Langkah keduanya diatur menuju ke Kafe Santai.

"Bagus juga ek harga barang kat kedai apek tu? Nasiblah apek tu sporting. Boleh juga tawar-tawar harga," Haziq memula bicara tentang kedai perabot yang mereka kunjungi tadi.

Harraz tersenyum, "Apek tu memang sporting. Lagipun dia dah kenal lama dengan Kak Haira."

Haziq hanya senyum nipis. Ada sesuatu tentang kakak Harraz yang mengganggu fikirannya.

"Eh, aku nak pergi beli air sekejap. Kau naik dulu lah," kata Haziq saat mereka berhenti di hadapan kedai serbaneka 7Eleven.

Harraz mengangguk. "Ok, saya naik dulu tau bang,"

"Hoh," Haziq kemudian terus melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka tersebut.

Sementara itu, Harraz memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar. Dengan tenang, dia mula menaiki anak tangga ke tingkat dua.

"Siapa suruh kau basuh hah?!"

Harraz tersentak. Dahinya juga mula berkerut. Suara siapa pula itu? Memang pasti suara tadi muncul dari tingkat atas.

Haira menelan air liur. Wajah merah padam Izzue benar-benar menakutkannya.

"Tak..sa..saya tak..tahu yang..," Haira sudah hilang kata, masih terkejut dengan tempelak Izzue sebentar tadi.

"Kau..., kau ingat kau ni siapa hah suka hati je nak sentuh barang orang? Kau ingat kau ada hak ke?!"

"Yahh!"

Serentak Haira dan Izzue menoleh ke arah Harraz.

"Harraz..," tidak terjangka Haira dengan kehadiran adiknya.

Harraz memandang Izzue geram sebelum melangkah pantas ke arah mereka berdua, dan berdiri di hadapan Haira.

"Kau cakap apa tadi dengan dia? Kau cakap apa tadi hah tak guna?!"

"Yahh..Harraz..," Haira pula yang jadi pening. Adiknya itu pun boleh tahan bila mengamuk.

Izzue mengeluh perlahan. Wajah merah padam Harraz hanya dipandang sekilas. Sempat wajah ketakutan Haira dikerling sebelum melangkah pergi. Bukan gayanya untuk terus mengamuk di situ. Cuma tadi entah kenapa rasa marahnya terlepas, apatah lagi hanya kerana sapu tangan Dianne.

Ya, sapu tangan Dianne. Persoalannya, kenapa perlu dia beremosi seperti ini kerana Dianne? Masih ada lagikah Dianne di hatinya?

"Kurang asam.." Harraz bengang apabila Izzue tidak mengendahkannya.

"Hei tak guna!" tangan Izzue pantas ditarik.

Izzue pula yang dengan spontan terus menepis tangan Harraz.

"Hei, aku tak habis cakap lagi dengan kau tau! Kau siapa hah? Apa masalah kau sampai kau nak tengking akak aku?!"

Haira sudah menyentuh dahi. Tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan. Walaupun sedikit bengang dengan emosi Izzue, tapi rasanya sekarang ini Harraz pula yang terlebih emo!

"Aku cuma nasihatkan akak kau supaya hormat hak orang. Kau pun patut belajar hormat orang juga." kata Izzue tenang, lalu tenang menyambung langkah.

Haira menunduk.

"Yaieee.." Harraz baru sahaja mahu mengejar langkah Izzue jika Haira tidak pantas menghalangnya.

"Dahlah tu..Raz."

"Tapi kak, dia tu.." Harraz masih tidak puas hati dengan Izzue.

Haira pantas menggeleng. "Dah , tak payah..biarkan je.., Akak yang salah,"

Manakala Izzue pula mula melangkah ke anak tangga. Dia menuruni satu anak tangga dan,

Dia terkaku.

"Yy..Yahh.." Haziq yang berada di hadapan Izzue juga kaku. Matanya membulat memandang Izzue.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now