57 : " I NEED YOU "

904 91 0
                                    

IZZUE memberhentikan kereta di hadapan kafe Santai lalu pandangan dihala pada tingkat dua rooftop yang sudah serba serbi gelap.

Telefonnya yang diletak di laci kereta dicapai. Saat nama kenalan seseorang dicari, matanya terpandang akan dua susuk tubuh yang sedang menghala ke arahnya.

Nafas dihela perlahan. Ada satu rasa aneh yang muncul saat melihat keduanya berbual mesra.

"So, macam mana esok? Kau sibuk tak? Kalau sibuk tak payah datanglah. Aku ok je. Aku faham. Lagipun aku tak nak sebab aku kau rasa bersalah bagai. Faham?" kata Haziq setelah mereka tiba di hadapan kafe Santai. Kedua-duanya masih tidak sedar akan kehadiran Izzue di kereta yang terletak bertentangan dengan mereka.

Haira tersenyum kecil sebelum mengangguk faham.

"Ok. Tapi tetap juga, awak kena belajar. Awak boleh kan study sendiri dulu sementara saya belum datang tu?"

Haziq mengangkat bahu. "Tengoklah."

"Awak," Haira mula bengang dengan sikap acuh tak acuh aziq tentang pembelajaran itu.

"Yelah, yelah. Nanti aku baca. Dah kau tak payah nak bebel sangat boleh? Telinga aku dah naik bernanah dah dengan mulut kau yang tak berhenti membebel macam mesin bertih jagung."

Haira mencebik. "Eh, awak ingat telinga awak seorang je ke yang bernanah hah? Telinga saya pun sama ok? Dahlah awak tu lagi kuat bebel dari saya. Lepastu kalau cakap tu suara macam telan dua speaker. Terjerit sana terjerit sini."

"Oi,oi,oi! Amboi engkau! " kini giliran Haziq pula yang naik bengang.

Haira menjelirkan lidah.

"Heish, minah pendek ni. Tak sedar diri kemetot tapi mulut kau tu macam telan seguni cili! Berapi! Dah lah. Aku nak tidur. Biul aku layan kau ni." Haziq mula menaiki anak tangga.

"Diri sendiri biul, kita pula ditarik sama." omel Haira perlahan.

"Kau cakap apa tadi?" Haziq menoleh ke belakang.

Haira pantas menggeleng. "Tak. Tak ada apa."

Haziq mengecilkan anak mata sebelum kembali menyambung langkahnya menaiki anak tangga. Namun setelah beberapa langkah, dia berhenti.

"Weh budak terbantut, kau tak nak naik ke? Tak reti-reti nak tidur?"

"Uh? Oh, kejap lagilah. Saya nak lepak kafe kejap,"

Haziq mengerutkan dahi sebelum melihat jam tangannya.

"Sekarang?"

"Hm, hm." Haira mengangguk tenang.

"Tak takut ke?"

"Nak takut apanya? Kan ada orang kat kafe ni? Lagipun saya duduk DALAM kafe, bukan LUAR kafe."

Haziq mencebik. "Wah-wah, yakinnya kau! Pandai pulak tu menjawab. Haa, pergilah kau sana. Nanti kalau ada anjing ke apa ke, kau jangan sesekali nak menjerit sebut nama hero kau yang handsome ni eh? Member ni memang tak ada masa dah nak layan drama anjing kau tu nanti. Dah, chaw!"

"Siapa anjing hah?! Eii muka senget sebelah dikatanya handsome! PERASAN!" selamba sahaja Haira membalas geram. Namun kutukannya itu tidak berbalas dek bayang Haziq tidak lagi kelihatan.

Haira hela nafas. Senyum kecilnya kemudian muncul dek memikirkan sikap mereka yang sudah seperti kartun Tom and Jerry.

"Haira."

Haira tersentak. Sedikit terkejut apabila namanya tiba-tiba dipanggil dari belakang. Dipusing badannya ke belakang.

"Izzue?" berkerut dahi Haira melihat susuk tubuh lelaki tinggi lampai yang berdiri di tepi pintu kereta.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now