101 : " FOLLOW THE FLOW "

664 85 6
                                    

Seminggu berlalu...

HAIRA menyandang beg sandangnya di bahu. Lalu beg silangnya dicapai lalu disilang pula melalui lehernya. Haira membetulkan topi yang menutup hampir suku wajahnya. Doa kemudiannya terus melangkah keluar dari bilik setelah yakin tiada barang yang tertinggal.

Haira melangkah keluar dari rumah lalu mengunci pintu rumah. Tanpa melihat tingkat atas, Haira terus menuruni anak tangga.

"Lama ke tunggu?" soal Haira.

Izzue senyum kecil. "Boleh tahan,"

Haira mencebik.

"Mari bekas tu," Izzue mengarahkan Haira supaya menghulurkan bekas berkotak besar yang berisi barang dan bahan untuk masakan mereka sewaktu di kem nanti."

"Hm? Oh, nah," Haira menghulurkan bekas tersebut.

"Dah masuk," arah Izzue tenang lalu terus menuju ke bonet kereta.

Haira senyum kecil. Dia melangkah ke tempat duduk penumpang dan memegang pemegang pintu, bersedia untuk membuka pintu.

Haira diam buat beberapa saat. Dia kemudiannya menoleh ke belakang, memandang tingkat teratas dengan pandangan kosong.

Pandainya awak mengelak, Haziq.

Lepas betapa hebat awak buat saya menangis,

Awak seksa saya dengan langsung tidak menunjukkan wajah awak walaupun sekali pada saya.

Seminggu ni...

Saya langsung tak dapat lihat awak.

Satu je.

Saya cuma nak satu je.

Satu sebab untuk segala persoalan yang awak beri pada saya.

Satu, Haziq.

Satu sahaja.

*******

HAZIQ meletakkan buku terakhir yang berada di troli ke rak. Setelah selesai menyusun buku tersebut, Haziq dengan tenang menolak troli tersebut ke tempat penyimpanannya.

Telefonnya yang tiba-tiba bergetar menghentikan langkahnya. Telefon di kocek itu dikeluarkan lalu panggilan terus dijawab tanpa melihat nama pemanggil.

"Hello?"

"Assalammualaikum, Haziq ke ni?"

Haziq mengerutkan dahi. "Mak Cik Teha?"

"Haziq..Ya Allah Haziq.."

Tubuh Haziq spontan menegak apabila mendengar nada suata Mak Cik Leha yang jelas kerisauan.

"Mak..Mak Cik Teha.. Kenapa ni?"

"Lisa Ziq! Lisa!"

*******

"BEG semua cukup tak? Semua dah masukkan dalam sini kan?" soal Haira yang sedang secekapnya menguruskan pemeriksaan terakhir.

Lantas mereka yang sudah berada di dalam bas mengeluarkan kepala masing-masing melalui tingkap, memandang si kecil Haira yang sedang terbongkok memeriksa beg di ruang penyimpanan.

"Sudah, Cutie!" jawab mereka serentak, dan sudah pastinya si gedik Amril akan melebih-lebih dengan menunjukkan simbol hati.

Haira terkebil seketika sebelum tertawa kecil. Aduhai, nampaknya nama Cutie yang Amril beri itu sudah 'merebak' pada budak-budak yang lain.

Riuh rendah bas yang dinaiki oleh 40 orang itu. Walaupun mereka masih belum bergerak, namun semuanya sudah mula teruja.

Haira geleng kepala. Aduh, belum gerak ni. Kalau dah gerak? Rasanya bas tu tak ubah macam reban ayam riuhnya nanti.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now