EPILOGUE : " THE TWINS ! "

2.1K 121 26
                                    

SEPULUH TAHUN KEMUDIAN.

"AKU terima nikahnya, Nur Yulis binti Muhammad Iskandar dengan mas kahwin RM22.50, tunai,"

"Sah,"

"Sah,"

"Alhamdulllah,"

Haira menyeka hujung tubir mata, sebak mendengar lafaz nikah itu dari mulut si adik bertuah, Harraz!

"Umi, Ucu Raz dah jadi suami orang, eh?" bisik si kecil Haura, menarik-narik hujung tudung ibunya.

Haira tertawa kecil, si anak gadis kesayangan dibawa ke riba, "Ya, Haura sayang, Ucu Raz dah jadi suami orang dah, dah tak boleh nak main panjat-panjat dengan Haura lagi,"

Si comel Haura memuncung, "Alaa.., Ucu kata umur Ucu dah 30 lebih.., boleh kahwin lagi eh, walaupun umur dah tua?"

Mahu terburai tawa si ibu mendengar soalan selamba badak Haura. Macam ikut perangai bapaknya ya dia punya selamba?

"Bolehlah sayang, siapa kata tak boleh? Itu maksudnya, jodoh Ucu sampai lambat," tudung Haura dibetulkan dengan senyuman.

"Oh ya, eh? Habis Umi dengan Ayah kahwin cepat ke lambat?" macam bertih jagung punya rancak mulut si Haura. Betul-betul ikut perangai Haziq!

"Cepat sikitlah dari Ucu Raz. Umi dengan ayah kahwin umur 28 tahun," jawab si ibu tenang. Muncul segarit senyuman mengingati janji dua tahun yang berjaya ditunaikan sang suami. Setahun bernikah, mereka dikurniakan sepasang anak kembar pada usia mereka masing-maing 29 tahun!

Kembar? Ya, kembar! Si manis kuat celoteh, Nur Haura dan Si kacak berlesung pipit, Muhammad Hayyu! Dua patah perkataan sahajalah nama mereka ini, sebab kalau digabungkan dengan nama bapaknya, semput!

Nur Haura binti Muhd Faiq Haziq, Muhammad Hayyu bin Muhd Faiq Haziq. Anda rasa Haira ada masa untuk sakit kepala?

Perbualan kedua beranak itu terhenti saat upacara menyarung cincin berlangsung. Sekali lagi, Haira dilanda rasa hiba. Siapa sangka adik bertuahnya yang sentiasa bertekak 24 jam dengannya itu kini bergelar suami orang? Suami kepada seorang cikgu pula! Dasyat tak dasyat si labu Harraz ni?

Namun, kedua-duanya memang sepadan. Sama-sama terlajak umur katanya. Maklumlah, masing-masing sibuk mengejar kerjaya. Syukur, setahun selepas perkahwinan Haira dan Haziq, Harraz akhirnya menemukan jalan insaf apabila mengambil keputusan untuk menjadi salah satu ahli beruniform negara. Rezeki menunggu di kaki kanan si adik apabila Harraz lulus segala ujian dan merantau di Sarawak selama enam bulan sebelum direkrut sebagai anggota Polis Diraja Malaysia. Kini, sudah masuk lapan tahun Harraz menjadi ahli beruniform itu. Berkhidmat juga budak bertuah ini dengan negara ya! Dulu perangai serupa jenayah, sekarang, ingin menangkap jenayah pula!

Usai majlis nikah di masjid, ada majlis kesyukuran di rumah ibubapa Haira. Dua pasang khemah menghiasi halaman rumah kampung itu, bagi meraikan kesyukuran pernikahan anak terakhir mereka. Majlis bersanding akan diadakan pada hari esok, kiranya majlis ini untuk santai-santai sahaja, sekaligus menunaikan hasrat Hanisah yang mahu berkongsi rezeki dengan jiran-jiran sekampung.

Disebabkan majlis ini hanya diadakan sederhana, maka hanya penduduk sekampung sahaja dijemput. Rindu sebenarnya Haira pada keluarga KSJ. Katanya, jikalau tiada halangan, akan mereka usahakan untuk hadir ke majlis bersanding Harraz pada hari esok. Gembira tak terkata Haira mendengar khabar itu. Haira tahu tidak semua dapat hadir memandangkan ada komitmen yang perlu diselesaikan, tambah lagi, majoritinya sudah berkahwin! Tetapi siapa juga yang muncul esok, sudah cukup mengubati rasa rindu di hati Haira.

Sayangnya, Izzue dan isteri, Dianne tidak dapat hadir pula hari ini.

Kenapa?

Senyuman Haira muncul.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now