63 : " TRAUMA "

876 89 3
                                    

IZZUE memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai alat tulis. Haira yang kehairanan terus memandang Izzue yang sedang membuka tali pinggangnya.

"Awak ada nak beli apa-apa ke?"

"Ha'ah. Budak-budak kat court tu merungut kata tak cukup gunting dengan gam. Jadi Coach suruh aku beli benda tu. Kau nak ikut ke nak stay sini?"

Haira menggeleng perlahan. "Tak apa. Saya tunggu sini."

"Alright. Careful then. I leave the key here." beritahu Izzue lalu dibalas anggukkan Haira.

Haira memandang Izzue hingga lelaki tinggi lampai itu menghilangkan diri di dalam kedai alat tulis yang dituju.

Haira menilik wajahnya di cermin.

"Ei, asal muka aku sembab semacam ni?"

Terkejut sedikit Haira melihat matanya yang sedikit mera, kesan akibat menangis tadi. Sejujurnya dia ada 'termenangis' sedikit tadi kerana dimarahi Haziq tadi. Haira sendiri pun tidak mengerti mengapa dia harus terasa dengan herdikan Haziq itu sedangkan sebelum ini Haziq memang sering melayannya dengan layanan selamba dan sedikit kasar.

Tapi tadi tu.., entahlah.

Mungkin kerana Haira sudah menganggap Haziq itu seperti kawan yang rapat dengannya. Jadi sudah pastilah Haira inginkan yang terbaik untuk Haziq.

"Kenapa dia mesti pilih untuk hidup seorang?" Haira meraup wajahnya bersama keluhan.

"Dan kenapa aku kena risau and sedih sebab dia? Haish..," sambung Haira yang masih menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan.

Setelah hampir dua minit dia menutup wajahnya, akhirnya Haira mula menurunkan tangannya itu. Kepala disandarkan di pintu kereta dan kelibat Izzue mula kelihatan di kaunter pembayaran. Haira memandang lama Izzue yang berdiri membelakanginya itu.

Haira pantas membetulkan kedudukan apabila muncul sebuah kereta berhenti di hadapan. Dilihat seorang lelaki melangkah turun dari tempat pemandu. Terpana juga Haira dengan ketinggian lelaki kurus itu yang kelihatan sama seperti ketinggian Izzue.

Lelaki itu kemudiannya melangkah ke tempat penumpang dan membuka pintu tersebut lalu mendukung seorang budak lelaki. Tebakkan Haira budak lelaki itu pasti dalam lingkungan umur dua tahun lebih. Comel!

Haira senyum kecil.

Putih, tinggi dan kurus. Good-looking dan kemas sungguh penampilannya. Tambahan lagi bila lelaki asing ini mengenakan kemeja putih lengan panjang yang dilipat hingga bawah siku.

Apa boleh buat kalau jadi perempuan ni. Memang automatik matanya tidak boleh lepas melihat lelaki yang berketerampilan kemas ini. Tidak lepas mata Haira mengekori lelaki tersebut.

Lelaki itu dilihat menurunkan budak kecil yang merengek. Mungkin budak itu rimas didukung. Melebar sedikit senyuman Haira saat melihat lelaki itu mendudukkan budak lelaki itu di bangku yang disediakan di tepi kedai. Kelihatan lelaki itu mengingatkan budak tersebut supaya tidak pergi ke mana-mana.

Hampir dua minit juga lelaki tersebut berada di dalam kedai yang dituju. Haira pula yang jadi tidak senang duduk apabila melihat budak lelaki itu mula turun dari bangku dan termenung melihat jalan di hadapannya.

Percayalah, mata bulat Haira menjadi semakin bulat saat budak lelaki itu terlompat-lompat melihat seekor kucing di seberang jalan. Jelas budak lelaki itu kelihatan teruja melalui tingkahnya yang menepuk-nepuk tangannya. Tanpa sedar, budak kecil itu sudah pun memulakan langkah.

Haira pula bingkas membuka tali pinggangnya dan bergegas turun dari kereta. Sejurus dia melangkah turun, kedengaran bunyi sebuah kereta. Haira memandang arah di mana datangnya bunyi tersebut.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now