26 : " TRICK I "

1.1K 87 0
                                    

PAP! PAP!

BUNYI bola yang dilantun bergema di lantai gelanggang tertutup, juga ditambah dengan suara tiga orang lelaki yang saling berkejaran merebut bola.

Sham, Erizal dan Kai Xiang sedang bermain bola keranjang sementara ahli-ahli yang lain duduk melepak di bangku penonton.

"Weh, mana Coach ni?" soal Fitri yang sudah kebosanan menunggu.

"Coach tak ada satu hal. Ni haa, Si Izzue ni mana? Sepatutnya dia dah datang tau sekarang," soal Hariz pula sedang memanaskan badan.

"Haiya..., apa lah lu dua orang. Coach dengan Izz tak ada takkan kamu tak boleh berlatih?" Giliran Wei Zhao pula membalas.

Rakan-rakannya yang lain mengangguk setuju.

"Betul tu. Mungkin diaorang ada hal urgent kot. Lagipun kan diaorang tu sepupu, mana tahu ada hal family," Amril menyokong kata-kata Wei Zhao.

"Iyaleh..," Wei Zhao mengangguk setuju.

Fitri mengeluh perlahan. "Haih.., susah betul bila tak ada manager ni. Sampai bila kita nak harap kat dua orang tu je?"

"Ni semua pasal si Jasmin tu dululah. Eii harap je bertudung, muka suci, tapi hati? Hitam macam batu arang!"

Wei Zhao ketawa kecil. Pantas tualanya dibaling ke wajah Hariz. "Haiyaa lu mulut banyak jahat leh!"

"Aku tak jahat lah Wei, aku cuma geram je dengan minah tu," Hafiz mempertahankan diri.

Amril mengeluh perlahan. "Tapi kalau diikutkan, memang sakit hati juga lah bila ingat balik apa yang dia dah buat kat kita. Sampaikan kita terpaksa hilang Alif. Padahal Alif lah penyerang terbaik basketball KSJ. Heish rugi-rugi,"

"Kan? Alif tu dulu memang idola aku lah. Tak kisahlah berapa saat yang tinggal, bagi je bola tu kat dia, mesti dia boleh score punya." tambah Hariz sambil tersenyum bangga.

Mereka bertiga menggangguk setuju.

"Tapi kan, aku memang paling kesian kat Izzue lah. Yelah, kita semua tahu kan Izz memang rapat dengan Alif? Yes, satu kolej tahu yang si Izz tu 'cold person'. Susah nak tahu sama dia marah ke, suka ke, sedih ke, memang susah gilalah nak agak,"

"Dia suka pendam semua yang dia rasa and acted like nothing happened. But that day, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, macam mana Izzue mengamuk bila dapat tahu yang si Jasmin tu perangkap Alif dan tipu kita semua. Aku rasa kalau kita tak halang dia, dah mati si Jasmin tu dibelasahnya," Fitri mula bercerita tentang peristiwa itu.

"Kan? Aku pun sampai sekarang ingat weh," sambung Amril.

"Saya juga leh," Giliran Wei Zhao pula mencelah.

"Me too!" Hariz menambah.

SETAHUN YANG LEPAS...

CUACA pagi yang tidak terlalu panas itu bagaikan memberi semangat pada pasukan bola keranjang Kolej Sukan Johor untuk berlawan dengan Kolej Sukan Melaka dalam perlawanan persahabatan. ( guys, this KSJ and KSM ni saya main bedal je tau , tak wujud pun kat malaysia ni , jgn ada yang mencari pulak nanti!)

"Jas, semua kelengkapan cukup?" soal Naufal sambil memandang Jasmin yang sedang memeriksa segala kelengkapan dan barang untuk ke KSM. Kolej Sukan Melaka tersebut menjadi tuan rumah untuk perlawanan persahabatan kali ini.

"Cukup, Coach." jawab Jasmin sambil memandang semua kelengkapan mereka yang diletakkan di luar pintu gelanggang tertutup.

Naufal mengangguk lalu menaip sesuatu di telefon. Jasmin mengagak jurulatih itu sedang memeriksa senarai barangan kelengkapan mereka. Dah maju kan? Semua di hujung jari sahaja!

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now