116 : "JUST WHY"

742 75 6
                                    

TUBUH Haira kaku. Bibirnya terketar sambil matanya yang bengkak itu setia memerhatikan sekujur tubuh Izzue yang dilumuri darah. Riuh rendah orang yang berkerumun langsung tidak dapat mengalihkan perhatian Haira dari lelaki yang sedang diusung masuk ke dalam ambulans itu.

"Iz..Izzue..." terketar-ketar nama itu keluar dari mulut Haira.

Keadaan di situ tidak lagi dipenuhi dengan bunyi lalu-lalang kenderaan sebaliknya kini ditemani dengan bunyi siren kereta polis, ambulans dan suara orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian.

"Cik?" satu suara yang menegur mengalihkan pandangan Haira.

"Maafkan kami, tapi boleh Cik Haira ikut kami ke balai untuk memberikan penjelasan? Cik merupakan saksi kejadian bukan?" soal pegawai polis tersebut.

Haira hanya diam. Lalu perlahan-lahan dia memandang tangannya yang penuh dilumuri dengan darah. Dia menggumam bibirnya. Matanya yang sudah bengkak itu sekali lagi berkaca.

Terkejut dan trauma.

Ianya berlaku sekelip mata dan sangat pantas.

Kemalangan itu berlaku benar-benar tepat di depannya.

Paling menghibakan,

Darah di tangan ini..

Orang yang yang melayang dan terseret di jalan itu..,

"Tunggu! I'll come!"

"Saya tunggu ni!"

....adalah Izzue Ammar.

*******

SELESAI mengalas perut, Elissa dan Haziq mengambil jalan masing-masing untuk pulang ke rumah. Itupun setelah puas Elissa menyakinkan lelaki itu bahawa dia boleh pulang ke rumah seorang diri.

Sempat Elissa tersenyum kecil. Jujur, dia tahu Haziq sebenarnya adalah seorang lelaki yang baik. Walaupun secara luarannya dia kelihatan seperti samseng gelandangan yang tidak berguna, namun sisi dalaman lelaki itu adalah sebaliknya. Tiba-tiba terdetik pula rasa bersalah dan menyesal di hati Elissa kerana melabel Haziq sebagai samseng tak berguna sejak tujuh tahun lepas.

Elissa meneruskan langkahnya dengan tenang di kaki lima itu sambil ditemani dengan bunyi kenderaan yang lalu lalang. Namun langkahnya itu spontan terhenti apabila telinganya menangkap suatu nama yang begitu dikenalinya.

"Is that really Izzue? KSJ punya basketball player kan?"

Elissa mengerutkan dahi sambil memandang manusia-manusia di sekelilingnya. Kelihatan beberapa orang manusia itu sedang melihat ke arah televisyen besar yang dipaparkan di tengah-tengah bandar.

"Weh kesiannya dia,"

"Ish padahal baru je tadi happy tengok dia masuk berita. Ya Allah kesiannya dia,"

"Apa ni...Aku baru semangat nak datang sokong dia esok...,"

Makin berkerut dahi Elissa apabila mendengar bisikan-bisikan yang pelik itu. Elissa kemudiannya terus memalingkan wajahnya dan pandangannya ditumpukan ke arah skrin besar itu.

Dan..,

Dia kaku,

Bersama mata yang tidak berkelip membaca ayat yang terpapar di skrin tersebut.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now