80 : " MOVE ON "

771 80 8
                                    

PINTU bilik dikuak perlahan lalu Fatin menjengahkan kepalanya ke dalam. Keluhan perlahan keluar dari mulutnya apabila melihat Dianne yang masih berselubung dengan selimut.

Fatin melangkah masuk ke bilik lalu menghampiri rakan baik yang juga merupakan rakan sebiliknya itu. Dia duduk di birai katil bujang itu lalu tangannya menyentuh lengan Dianne.

"Dee.. ,"

Dianne sedar dari lena. Perlahan-lahan dia menoleh ke kanan. Selimut ditarik dari menutup wajahnya dan jelaslah akan matanya yang sembab itu.

Fatin hanya mampu memandang wajah sugul rakannya itu. Allah, betapa lemah wajah Dianne sekarang. Pucat, cengkung.

Sesungguhnya memendam itu ternyata lebih sakit.

Dianne cuba bangun dengan bantuan Fatin. Dianne menyebak rambut panjangnya ke belakang.

"Dee." Dianne pandang Fatin tatkala namanya disebut.

"Ada orang nak jumpa kau," beritahu Fatin.

Dianne kerut dahi.

*******

BATU kecil yang ada di hadapannya disepak perlahan. Kedua tangan diseluk ke dalam kocek jaket. Dingin malam yang menyapa tubuh membuatkan suasana malam itu terasa lebih sunyi.

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Alif. Segera dia menoleh ke belakang.

Dianne melangkah keluar dari asrama perempuan itu bersama hoodie yang menutup kepala, membuatkan hampir separuh wajahnya tertutup. Alif tahu gadis itu cuba untuk sembunyikan wajah sugulnya.

Tanpa apa-apa bicara, Dianne melabuhkan punggung di bangku yang terletak berhadapan tasik kecil. Alif pula mengambil tempat di sebelah Dianne.

Mereka diam untuk beberapa ketika sebelum Alif menoleh memandang Dianne.

"Kau ok?"

Dianne senyum lemah. "Apa bezanya kalau aku ok atau tak?" balasnya seraya menunduk. Ya, dia tahu walaupun dia hampir nazak sekalipun, ianya tak akan dapat mengubah apa-apa.

Alif diam.

"Betul ke kau nak rest dari dunia gimnastik kau ni?" soal Alif, mengalihkan topik perbualan.

"..Mula-mula memang aku ingat nak rest for a while. But now, I don't think so," jawabnya tenang.

Alif kerut dahi. "Maksud kau?"

Dianne menghembus nafas perlahan lalu memandang Alif.

"Aku nak berhenti. Aku nak tinggalkan semuanya. Aku nak mulakan hidup baru. Itu maksud aku."

Alif tersentak, "Dee, kau ni serius ke? Kau dah habis fikir? Kau tak menyesal tinggalkan dunia yang kau minat ni?"

Dianne senyum sinis. "Minat?"

Alif kerut dahi, tidak mengerti.

"Aku tak pernah suka dengan dunia ni, lep. Never even once. Apa yang aku kecapi sekarang, sejauh mana aku berjaya sekarang adalah sebab parents aku. Tapi sekarang... aku dah penat. Aku nak pilih cara hidup aku sendiri. Aku nak buat something yang selama ni aku tak boleh buat," luah Dianne tenang.

Alif diam lagi sebelum mengeluh perlahan, "Then your parents? Diaorang bagi ke kau tinggalkan semua ni? Especially your mom?"

"Aku akan beritahu diaorang nanti. Kalau diaorang tak setuju pun, aku malas nak kisah. Sebab aku dah penat. This is my life. Aku berhak tentukan apa yang aku nak buat dalam life aku. Dah lama sangat aku 'terkurung' dalam dunia minat palsu aku ni, sekarang biarlah aku cari minat sebenar aku."

"Then... Izzue?"

Dianne diam. Lama dia diam.

"Dee?" Alif bertanya apabila tidak menerima sebarang balasan.

"Aku akan buang dia," jawab Dianne.

"If you can," agak sukar Alif untuk percaya dengan niat Dianne itu. Kerana setahunya, Dianne terlalu sayangkan Izzue, maka untuk melupakan lelaki itu bukanlah suatu perkara yang mudah.

"Yeah. I'm sure I can. Sebab apa yang berlaku tadi semuanya dah jelas dah. Aku tahu apa yang aku perlu buat. Aku tahu aku perlu pergi jauh dari dia dan tak harap apa-apa lagi. Kalau sebelum ni, sebelum dia luahkan perasaan dia tu... Memang jujur aku masih berharap yang dia akan berubah and looking for me back. Sebab aku rasa mungkin dia sengaja nak sakitkan hati aku dengam babitkan Haira dalam hal ni. But now...Aku memang sedar apa yang perlu aku buat. Atau... Apa yang aku patit buat dari dulu lagi." Dianne menunduk.

Alif keluh perlahan. Dianne yang tiba-tiba bangun dipandangnya.

"Aku nak jumpa dia."

"Siapa? Izzue?" soal Alif.

"Haira."

"What?"

********

IZZUE termenung memandang bunga mawar putih yang dibeli Haziq untuk Haira itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia ingin menyimpan bunga ini. Terasa seperti suatu hari, bunga ini akan menjawab semua persoalan yang sedang bercelaru saat ini.

Kata-kata Alif juga tidak pernah berhenti bermain di ingatannya.

"Then macam mana pulak kalau aku kata kau sekarang ni dah rampas kebahagian orang lain ?"

Lamunan Izzue terganggu apabila bunyi pintu dibuka menyapa telinganya. Dia menoleh ke belakang, memandang Alif yang sedang menutup pintu bilik.

Izzue kemudiannya terus buat-buat sibuk menonton televisyen. Namun ekspresinya masih tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Afiq memandang Izzue lantas mengeluh perlahan. Dia kemudiannya mengambil tempat di katilnya. Kedua kakinya dibuka sedikit lalu kedua-dua lengannya dipangku di atas peha.

"Betul ke semua tu, bro?" soal Afiq seraya memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Izzue memandang Afiq sekilas sebelum memandang kembali skrin televisyen.

"Apa maksud kau?" soalan Afiq dibalas dengan soalan.

"Haira."

Izzue diam.

Afiq keluh perlahan lalu pandang Izzue. "I mean, since when?"

Izzue hanya diam.

Afiq ketawa sinis. Dia agak geram dengan Izzue yang hanya tenang seperti langsung rasa serba salah dalam dirinya.

"Dulu bukan kau ke yang benci sangat dengan budak tu? Sampai apa yang dia buat, semuanya kau tak suka. Semuanya menyakitkan mata kau sampai bayang dia pun kau tak nak tengok. And now? Apa yang sebenarnya dah jadi dengan kau ni?"

Izzue diam lagi.

"And how about Dee?"

Izzue keluh perlahan lalu memandang Afiq dengan pandangan tenang, namun riak wajahnya serius.

"Kenapa dengan dia? Apa kaitan dia dengan aku? Kenapa? Kau pun nak salahkan aku juga? Kau pun nak kata yang aku ni kejam sebab buat dia macam tu? Fiq, dia yang tinggalkan aku, Fiq. What should I care about her? Dia nak tinggalkan KSJ. Just go on lah. Aku dah malas nak ambil tahu. Apa yang aku nak buat sekarang adalah aku nak mulakan hidup baru."

"Starting new life with that girl?" Afiq sudah menggeleng. Sungguh dia tidak percaya Izzue setekad ini.

Izzue pandang Afiq. "And how if i say yes?"

Afiq ketawa sinis seraya menggeleng kepala. "Kau tamak, Izz. Kau cuma pentingkan diri kau sendiri. Kau bukan Izzue yang aku kenal." Afiq terus bangun dari katil lalu keluar meninggalkan Izzue. Sengaja pintu bilik itu dihempas kuat.

Izzue pejam mata lalu memandang bunga mawar putih tadi.

"Aku tak tamak. Kauorang yang tamak," bisik Izzue sayu.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now