61 : " HYPOCRITE "

785 83 3
                                    

MISS Alicia pantas mengangkat wajah tatkala terdengar bunyi pintunya diketuk. Pantas dia bangun lalu membuka pintu bilik.

"Eh? Puan Salmah!" terkejut seketika Alicia dengan kehadiran ibu kepada anak muridnya, Dianne.

Salmah menghadiahkan senyuman buat Alice sebelum masing-masing bersalaman.

"Mari masuk Puan," pelawa Alicia sopan. Dia kemudiannya mengiringi Puan Salmah ke tempat duduk tetamu.

"Have a seat, Puan Salmah."

Salmah mengangguk. "Terima kasih."

"Lama dah kita tak berjumpa kan Puan Salmah? Apa hajat Puan Salmah datang dari jauh ke sini?" tanya Alicia dengan tutur kata sopan.

"Maaflah kalau kedatangan saya ni mengganggu Miss Alice. Cuma.., sebenarnya hajat saya ke sini sebab..,"

Alicia menanti dengan tenang.

"Sebab..,"


* * * * * * *

DIANNE membuka pintu dan angin pun menyapa tubuh. Dia kini berada di rooftop asrama perempuan. Langkahnya diatur ke balkoni. Jam kini menunjukkan angka 10 pagi, memberi kesempatan pada dirinya untuk melihat matahari yang semakin meninggi.

Mata dipejam, lalu dengan perlahan kedua tangannya didepakan. Cuba menikmati rasa ketenangan yang ada.

Dan perlahan-lahan juga senyumannya terukir. Sungguh dia tidak pernah rasa setenang ini. Selama ini kepalanya terasa berat. Bahunya seperti diletakkan dua ketul batu yang besar dan tajam. Namun kini, semuanya bagaikan sudah menjauh pergi di bawa angin pagi yang tenang.

"DEE!"

Dianne spontan membuka mata dan menoleh ke belakang. Terkebil seketika dia melihat Fatin yang termengah-mengah seperti baru lepas mengejar sesuatu.

"Fatin?"

"Haa.., haa.., " Fatin memegang dadanya, cuba untuk menenangkan diri yang masih mengah.

"Weh, mak kau.., aku nampak mak kau jumpa Miss Alice tadi."

"Mak aku?" Dianne terkejut.

Fatin mengangguk pantas. "Em!"

Dianne menolak rambutnya ke belakang. Pening dia dengan ibunya itu. Entah apa yang ingin dilakukan ibunya.

"Aku pergi tengok dululah," kata Dianne lantas berlari anak menuruni anak tangga setelah menerima anggukan dari Fatin.

Setelah melangkah keluar dari asrama perempuan , Dianne terus menuju ke bahagian Pusat Latihan Gimnastik. Dia memandang tingkat kedua lalu memilih untuk menaiki anak tangga daripada lif. Setibanya di hadapan bilik Miss Alicia, Dianne berhenti seketika untuk menenangkan dirinya yang mengah.

Tombol pintu dipegang. Namun tombol itu tidak jadi dipulas apabila terdengar apa yang sedang dibincangkan oleh ibunya dengan Alicia.

"Puan Salmah jangan salah faham. Bukannya saya tak nak pilih Dee untuk wakil kita ke Sukan Sea nanti, cuma prestasi Dianne menurun sejak setahun yang lepas. Jadi saya tak rasa Dee boleh mewakili Malaysia untuk ke sana. Lagipun kita ada atlet dari negeri-negeri lain yang akan bersaing untuk pamerkan aksi terbaik dan seterusnya mewakili Malaysia ke Sukan Sea di Bangkok nanti."

"Tapi anak saya dah lama pasang niat nak masuk sukan SEA tu, Miss Alice. Saya rasa kalau kita ketatkan lagi jadual training dia, mesti dia boleh kembali ke prestasi dia yang dulu."

"Eh, tak boleh macam tu Puan Salmah. Kita tak boleh nak buat macam tu sebab kalau kita ketatkan lagi jadual latihan mereka, diaorang akan letih dan mungkin boleh buat mereka jatuh sakit. Saya bukannya tak nak pilih Dianne, malah saya kalau boleh memang nak sangat pilih Dianne untuk wakil KSJ. Tapi saya tak mahu pilih atas sebab saya suka dengan prestasi anak puan. Saya mahu pilih berdasarkan kebolehan mereka untuk menghasilkan pingat buat Malaysia dan seterusnya menaikkan nama kolej kita."

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now