42 : " UNFORGETFUL MEMORY "

907 96 5
                                    

PINTU ditolak perlahan hingga tertutup lalu suis lampu dibuka. Haziq duduk bersandar di dinding lalu memeluk tubuh.

Haziq termenung sendiri. Di mindanya, hanya penuh dengan persoalan tentang John.

Kenapa dia boleh ada kat sini? Apa urusan dia sebenarnya di sini?

Wajah bengis lelaki itu, suara tawa sinis lelaki itu..,

Semuanya masih kekal tersimpan di ingatan.

Lelaki itulah penyebab dia tidak dapat bermain piano dengan baik.

Satu satunya alat muzik yang disukainya.

Haziq yakin dia tidak silap orang. Nama itu masih diingati dengan jelas..,

Kerana..,

Izzue yang menyebut nama itu.

TUJUH TAHUN YANG LEPAS..

HAZIQ memakir motorsikal di hadapan sebuah kedai kek. Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran abangnya, Izzue. Ada kejutan yang ingin dilakukan buat insan istimewa tersebut.

Haziq melangkah masuk setelah pintu automatik itu terbuka. Sebuah senyuman manis dihadiahkan pada jurujual yang mengucapkan selamat datang kepadanya.

"Kak, saya punya kek? Saya ada tempah semalam,"

"Ah, tempahan atas nama Izzue tu ya?"

Haziq mengangguk. "Iyep. That's it."

"Tunggu sekejap ya dik," pinta gadis itu lalu mengatur langkah ke peti sejuk.

Haziq hanya memerhatikan gadis itu sebelum tersenyum.

Dia mesti akan terharu. Bukan selalu aku nak buat untuk si labu tu!

"Here," Gadis itu menolak bungkusan kek yang telah siap dimasukkan ke plastik kepada Haziq.

Haziq kemudiannya melakukan pembayaran dan terus melangkah keluar setelah menerima baki wang.

Kek tersebut diletak dengan berhati-hati di bakul motor. Setelah mencucuh kunci dan menghidupkan enjin, gear 1 ditukar dan tangan perlahan-lahan memulas throttle, mengatur perjalanan ke Kolej Sukan Johor.

Izzue beritahu padanya pada pagi tadi bahawa dia akan pulang lewat malam. Oleh sebab itu, Haziq memutuskan untuk melakukan kejutan tersebut pada malam ini di KSJ.

Haziq memakir motorsikalnya di hadapan sebuah perpustakaan mini yang terletak di hadapan KSJ. Telefon dikeluarkan dari kocek, ingin menelefon si bakal penerima kejutan.

"ARGH!"

Haziq mengangkat wajah. Jelas telinganya menangkap bunyi suara manusia. Pandangan terus dihala melihat sekeliling sebelum dia turun dari motor.

BUK!

"ARGH!"

Haziq pantas mencari arah datangnya bunyi itu. Dia yakin itu adalah suara orang sedang bergaduh. Langkah diatur sambil kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan, sehinggalah dia tiba di sebuah lorong tersorok.

Membuntang besar biji matanya apabila melihat lelaki yang sudah terduduk sambil dikerumuni oleh tiga orang lelaki.

IZZUE!

"Aku buat bersebab lah, John!" jerit Izzue sambil mengerang sakit.

"Dasar tak guna! Kau nak mati ke hah?!" tempelak John yang berbadan besar. Tangannya menggenggam penumbuk.

"Dasar s*tan!"  Haziq terus meluru lalu menghadiahkan sebiji penumbuk kuat di pipi John.

"ARGH!" John hampir hilang imbangan.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now