106 : " RECALL BACK THE OLD MEMORIES "

751 93 19
                                    

HAIRA mengikat bungkusan sampah setelah selesai mencuci pinggan. Dia mengangkat bungkusan sampah itu untuk dibuang ke dalam tong besar yang berada di tingkat bawah.

"Raz, bukak pintu depan tu! Akak nak turun buang sampah ni!" laung Haira dari dapur.

Harraz yang sedang menonton televisyen segera turun dari sofa lalu membuka pintu seluasnya.

Tidak lama kemudian, Haira muncul dari dapur bersama bungkusan sampahnya tadi. Harraz pula seperti biasa akan menutup hidungnya secara automatik. Haira mencebik saat melihat tingkah adik bertuahnya itu.

"Eh engkau ni...macam jijik sangat je kan sampah ni? Buang sampah pandai," omel Haira sambil menyarungkan selipar di kaki.

Harraz menjeling ke langit, tanda dia benar-benar tidak mahu membahas perkara tersebut dan mahu kakaknya segera membuang sampah tersebut. Haira pula hanya menggeleng lalu terus mengatur langkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

Setibanya di bawah, Haira terus mencari tong sampah yang besar lalu membuang bungkusan itu ke dalam tong tersebut. Selesai membuang sampah, Haira membersihkan tangannya dengan air paip yang berada di sebelah tong itu.

Saat Haira ingin menaiki anak tangga, dia menjadi kaku apabila pandangannya terarah pada susuk tubuh lelaki yang sedang berjalan di kaki lima.

Susuk tubuh yang kelihatan...

Kurus..

"Ha..Haziq..," nama itu meniti perlahan dari mulut Haira.

Haziq masih tidak menyedari kehadiran Haira yang berada sedikit jauh di hadapannya. Dia meneruskan langkah di kali lima itu bersama tangan yang tidak pernah lepas dari memegang perutnya yang sakit. Langkahnya perlahan-lahan mula menjadi lemah. Perutnya semakin pedih dan terasa seperti ada pisau tajam yang mencucuk-cucuk perutnya.

Kepalanya mula pening. Dan saat tubuhnya mulai ingin rebah, matanya yang semakin kabur itu berjaya menangkap tubuh kecil seorang gadis yang sedang berlari ke arahnya. Saat itu juga, dia mendengar namanya disebut.

"Haziq!"

"Hai..Haira..," sebut Haziq lemah.

Pandangannya menjadi gelap.

*******

HAIRA menanti penuh debar di luar bilik. Harraz hanya memerhati kakaknya yang sedari tadi berulang-alik di hadapan pintu bilik. Kedua-dua mereka sabar menunggu Haziq yang sedang diperiksa oleh doktor.

Tidak lama kemudian, doktor yang ditunggu mereka akhirnya keluar dari bilik tersebut. Sepantas kilat Haira dan Harraz mendapatkan doktor tersebut.

"Doktor, macam mana dengan keadaan dia?" soal Haira risau.

"Alhamdullilah tiada apa-apa yang serius berlaku pada dia. Dia pitam disebabkan faktor keletihan dan kurang makan," terang doktor itu tenang.

Serentak dengan itu Haira dan Harraz menghela nafas lega. Cukup mereka syukur tiada apa-apa yang serius berlaku pada lelaki itu.

"Saya akan beri ubat untuk saudara Haziq ni. Boleh salah seorang dari kamu ikut saya?" lanjut doktor itu.

"Saya ikut doktor," Harraz pantas menawarkan diri.

Doktor itu mengangguk. "Mari,"

Haira menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada doktor itu sebelum perlahan-lahan merapati pintu bilik tersebut. Dia memerhati keduanya lalu berpaling ke belakang.

Pintu bilik itu dipulas perlahan dan serentak pandangannya bertembung dengan pandangan Haziq. Lelaki itu sedang cuba bangkit dari baringnya.

Haira cuba kawal rasa gugupnya lalu melangkah ke arah Haziq. Keluhan perlahan keluar dari mulut Haira saat melihat Haziq menghadapi kesukaran untuk bangun, mungkin kerana kesakitan di perutnya.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now