71 : " SURPRISE "

821 91 2
                                    

"MAK, ayah.., jom duduk meja kosong tu?" tunjuk Harraz pada meja panjang yang mempunyai enam kerusi kosong.

"Ha, eloklah tu." jawab Qamarul lantas mereka berlima mula melangkah ke meja yang kosong tersebut. Agak sukar untuk mereka bergerak dek kerana bilangan pengunjung yang ramai.

Qamarul dan Hanisah duduk berdua manakala Haira, Harraz dan Haziq mengambil tempat bertentangan. Saat Haziq ingin melabuhkan punggung di kerusi tengah yang memisahkan antara Haira dengan Harraz, Haira tiba-tiba pantas membuat isyarat supaya bertukar tempat dengannya.

"Hm?" Haziq blur-blur.

"Tukar tempat. Biar saya duduk tengah," kata Haira perlahan, membuatkan tiga manusia lain di meja itu ikut terpinga.

Haziq yang tidak mengerti apa-apa akhirnya akur dengan arahan Haira. Mereka kemudianya menukar tempat. Haira pula yang duduk di tengah, antara dirinya dengan Harraz.

"Kenapa?" akhirnya terkeluar juga soalan itu dari mulut Hanisah.

Haira segera memandang ibunya. "Hm? Oh, tak. Haziq ni kidal. Bagi dia duduk tepi lah senang sikit nak makan pakai sudu."

"Oh..," barulah semuanya mengerti.

Haziq pun tanpa sedar turut ikut mengangguk sebelum sempat memandang Haira bersama senyuman kecil.

'Act of service' yang nampak remeh inilah yang selalu terkesan.

"Ha, jadi sekarang ni nak order sate berapa batang ni?" Qamarul bertanya.

"60 batang, yah!"

Spontan Haira terus menyiku lengan adiknya. Melantak macam bela saka!

Harraz buat muka muncung.

"Order 40 batang jelah, bang. Banyak-banyak kang kekenyangan pula." Hanisah akhirnya memutuskan lalu disokong dengan anggukan Haira.

"Ha, yelah. Haziq cukup tak 40 batang tu?" Qamarul beralih pula pada Haziq yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Segan barangkali.

"Eh, cukup sangat tu Pak Cik. Saya tak kisah berapa pun." jawab Haziq bersama senyuman. Agak canggung juga dia di situ. Terasa seperti 'menyelit' dan menyibuk di makan malam keluarga orang pula.

"Kalau tak cukup cakap aje dengan pak cik. Tak payah nak disegankanlah. Kami semua ok saja,"

Haziq menggeleng. "Tak apa, pak cik. Cukup dah tu pun."

Qamarul mengangguk faham lalu mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan restoran dan menyatakan pesanan mereka. Selang lima minit,
minuman yang dipesan tiba di meja. Mereka berbual rancak sementara menunggu sate bersama makanan-makanan lain yang dipesan tiba.

"Terima kasih ya nak." Ucap Hanisah pada pelayan tersebut manakala yang lain hanya menghadiahkan senyuman buat pelayan itu.

"Sama-sama." balas pelayan itu bersama senyuman lantas berlalu pergi.

"Nah, Ziq. Makan banyak sikit." Hanisah meletakkan tiga batang sate di pinggan nasi ayam Haziq.

"Eh, banyak sangat ni mak cik." naik segan Haziq dengan layanan terlalu baik oleh keluarga ini.

"Banyak apanya tiga batang je tu, Ziq." balas Qamarul.

"Makan jelah. Rezeki jangan ditolak. Kalau tolak nanti ada gorgon rembat." selamba Haira mengusik.

Haziq ketawa kecil. Faham siapa gerangan 'gorgon' yang dimaksudkan. Siapa lagi kalau bukan si Harraz? Akhirnya, disua juga sate ayam itu ke dalam mulut.

Pergh! Nikmat! Juicy!

"Kamu seharian ni ke mana Haira? Masa mak datang, Harraz kata kamu dari pagi tak balik rumah."

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now