40 : " ANNOYING "

872 96 4
                                    

HAZIQ meramas belakang kepalanya.

"Haish.., kenapalah susah sangat nak cari kerja? Kenapa? Aku ni handsome sangat ke sampai diorang takut nak ambil aku?"

Sudah hampir dua jam masa dihabiskan untuk mencari kerja. Namun, semuanya tidak ingin menerimanya. Baik dari kerja sebagai pelayan restoran, jurujual, tukang cuci pinggan, bahkan cleaner juga semua tidak mahu mengambilnya.

Tekak yang terasa kering menggerakkan langkah Haziq ke kedai serbaneka 7E.

"Kira dik," sebotol air oren sejuk bersama satu kotak kecil susu sejuk diletak di atas kaunter.

Juruwang itu tersebut terus mengira dan memasukkannnya ke dalam plastik.

"Semuanya RM 6.70."

"RM 6... RM6.70? Haish, mahalnya. Betul ke kira tu?" soal Haziq, selamba.

Juruwang itu tersenyum. "Betul bang, komputer dengan scanner tak pernah salah,"

Haziq memuncungkan mulutnya. "Semuanya naik, naik, naik."

Mulut membebel namun tangan Haziq lincanh mengeluarkan beberapa keping not RM 1 yang sudah renyuk dari kocek seluar jeans lalu diletakkan di kaunter. Kemudian, dia menyeluk pula kocek jaket denim hitamnya dan mengeluarkan sekeping siling 50 sen dan 20 sen.

"Chaa.., kira. Cukup tak?"

Tenang sahaja juruwang tersebut menyusun duit yang sudah renyuk itu.

"Cukup, bang."

Haziq menggangguk. Nasib cukup. Padahal, tinggal itu sahaja duitnya.

"Alright, thank you~" Haziq terus mencapai beg plastik di meja kaunter dan melangkah keluar.

Jurujual itu hanya menggeleng melihat Haziq.

Harap sahaja muka sahaja 'siap', tapi duit?

Zero!

Sementara itu, Haziq di luar mula menarik kerusi lalu melabuhkan punggung. Beg plastik diletakkan di atas meja dan sebotol air oren sejuk dikeluarkan.

"Ah.., Wah, nikmat, nikmat." Haziq mengomel sendirian sambil memandang botol air tersebut.

"Nasib kau sedap. Tak lah sia-sia aku 'burn' duit aku untuk kau,"

Haziq baru sahaja ingin menyambung tegukkannya tatkala mata terpandang akan seseorang yang agak dikenali.

Mata dikecilkan bagi melihat dengan lebih jelas.

"Apehal ni? Minah Kemetot dah balik, meyh? Uh? Tengok muka dia tu. Monyok macam orang tua," selama sahaja mulutnya mengutuk si 'tuan rumah'.

Haira melangkah lemah. Di telinga, tersumbat fon telinga dan tangan kanan memegang botol air. Tangan kirinya pula dimasukkan ke dalam kocek hoodie.

Matanya memandang kosong hadapan, bagaikan sudah tenggelam dengan muzik yang didengari.

Kehadiran Haziq?

Langsung tidak disedari walhal dia baru sahaja berjalan melepasi lelaki itu.

Haziq ketawa kecil. "Aku dah agak dah dia memang tak perasan,"

Sementara itu, fikiran Haira pada hakikatnya masih teringat pada si kapten bola keranjang KSJ. Masih lagi tidak faham apa yang buatkan lelaki itu sungguh benci dengannya.

Sebab sapu tangan tu ke?

Atau ada sebab lain?

Tapi kalau sebab sapu tangan, perlu ke dia marah Haira sampai macam tu sekali?

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now