98 : " CAMP "

710 77 4
                                    

DUA MINGGU berlalu.
Seperti yang diminta Haziq,
Dan seperti yang diakur Haira,
Akhirnya mereka berdua benar-benar menjadi orang luar.
Tidak menyapa, juga tidak disapa.
Sampai bila?
Haira sendiri tidak punya jawapannya.

HAIRA melangkah keluar dari stor sambil memeluk sebuah kotak air mineral. Tubuh kecilnya itu berjalan di tepi gelanggang sambil tersenyum melihat pemain-pemain bola keranjang yang sedang sibuk berlatih. Mereka berlatih sesama ahli pasukan mereka yang dipecahkan kepada dua pasukan.

Sempat juga Haira membalas sapaan dari si gedik Amril ketika lelaki itu berlari melepasinya. Haira kemudiannya menggeleng perlahan. Nasiblah dia sudah biasa dengan semua itu.

Haira meletakkan kotak itu di atas kerusi yang entah dari mana boleh sesat di dalam gelanggang latihan tertutup itu. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di lantai. Lenguh pula pinggangnya setelah hampir 20 minit dia berulang-alik dari stor.

"Passing tu betul-betul! Mata tu lincah cari member! Kaki gerak pantas!" berselang seli suara tegas Jurulatih Naufal dengan suara anak-anak buahnya.

"Dah tinggal kurang dua minggu je tournament! Disiplin sikit! Macam mana nak jadi juara kalau main macam ni?!" tambah Naufal lagi. Maka makin lincahlah pergerakan anak-anak buahnya di atas gelanggang itu.

Haira senyum kecil. Memang dia akui Naufal berubah 180 darjah dalam sebulan ini. Jurulatihnya itu benar-benar memberikan komitmen yang tinggi terhadap latihan mereka.

Malah dengan Haira sekali sudah menjadikan KSJ 'rumah keduanya'. Dia kini lebih banyak menghabiskan masa di KSJ berbanding di rumah. Minggu ini mereka menambahkan lagi waktu latihan sehingga jam 9 malam. Tugas Haira juga semakin bertambah dan banyak perkara yang harus dilakukannya untuk persiapan ke perlawanan yang besar itu nanti.

Namun dalam diam, Haira seperti selesa dengan keadaan sibuk itu. Sekurang-kurangnya dia mempunyai sebab untuk terus menjauhkan diri dari Haziq. Jikalau tiada kerja pun, Haira tetap akan cari sesuatu yang boleh dilakukannya sehinggalah dirinya benar-benar sibuk.

Lamunan Haira terhenti apabila bola keranjang tiba-tiba bergolek tepat ke arahnya. Haira pantas mengambil bola itu lalu bersiap sedia untuk membalingnya ke arah salah seorang dari mereka yang sedang menunggu bola itu.

"Eh nak baling buat apa?" kata Afiq tiba-tiba.

Haira pantas memandang Afiq dengan kerutan di dahi. Apa benda dia ni?

"Betul tu. Bermain di luar gelanggang adalah tidak sah. PEMAIN seharusnya berada di dalam gelanggang," tambah Sham bersama senyuman kecil.

Haira terkebil-kebil. Ah sudah. Jangan kata diaorang nak suruh aku Haira sekali lari kejar bola oren ni.

Haira cuba berlagak tenang sambil berdeham.

"Korang merepek apa ni? Ni kan latihan, kenalah training betul-betul. Mana ada masa nak main-main," kata Haira sambil bangun dari duduknya.

"Tapi rasanya tak salah kan kalau manager turut serta main, Couch?" Izzue bersuara tenang.

Lantas semuanya memandang Naufal yang berdiri di luar gelanggang sambil kedua tangannya diletak di belakang. Haira sudah pening-pening lalat. Masaklah kalau Couch pun bagi lampu hijau. Haira ni dahlah sekali dua je main bola keranjang. Itu pun masa zaman sekolahnya dulu. Kiranya hampir 7 tahun dah dia tak sentuh benda alah ni.

Naufal tersenyum. "Haira, kalau awak berjaya jaringkan satu mata, saya akan tunaikan janji saya untuk beri mereka 'hadiah'," kata Naufal penuh maksud, membuatkan anak-anak buahnya yang lain berasa bingung.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now