30 : " FLOWER "

1K 93 0
                                    

HARRAZ melangkah keluar dari rumah sambil tangannya sibuk mengelap rambut yang basah. Dijadikan cerita, dia baru sahaja selesai mandi.

"Hm?" terangkat kening Harraz melihat kakaknya yang hanya berdiri tegak di anak tangga kedua untuk ke rooftop.

Bertambah pelik apabila kakaknya itu berdiri seperti patung cendana sambil tangan kaki memegang watering can.

"Hoi, kak!"

Haira tersentak.

"Hah? Apa?" soal Haira, blur.

"Apa apanya? Yang akak berdiri tegak macam tiang bendera tu dah kenapa? Nak Raz siramkan akak ke?"

"Berani kau nak siram aku? Aku report kat mak yang kau ponteng kolej baru tahu!" Haira menggunakan kuasa 'veto'-nya sebagai kakak.

Harraz tersengih. Ok-ok. Bendera putih! Serrunder!

"Haa, tahu kau sengih. Dah, pergi masuk dalam sana. Jangan nak menyibuk," arah Haira selamba lantas meneruskan dakian anak tangga ke rooftop.

Harraz mencebik, "Huh! rude girl, rude sister! Sesuai sangatlah tu dengan dia," omel Harraz perlahan sebelum menghilangkan semula diri ke dalam rumah.

Haira memberhentikan langkah di dua anak tangga teratas sebelum sampai ke rooftop.

"Kau tak ingat aku ke?"

Betul ke dia orangnya? Tapi, muka memang macam sama. Cuma, cara pakaian dia..,

Dan, apa hubungan dia dengan mamat yang nama Izzue tu? Kenapa? Kenapa dia marah sangat?

Ah pening! pening!

"Dia tak bangun lagi ke?" terangkat kening Haira. Pelik kerana jam sudah mahu ke pukul 10 pagi namun batang hidung lelaki itu langsung tidak kelihatan.

Haira menyambung menaiki anak tangga lalu terus menuju ke balkoni. Lebih baik dia siram bunga-bunga itu sekarang sebelum mamat 'samseng' itu bangun.

"Kenapa kau sembur lada sul-"

"Hah!" Haira yang terkejut tanpa sengaja tersiram sedikit air di baju si pemilik suara tersebut.

"Yah!"

Oh, God!

"Haa.., so.., sorry. Saya tak sengaja. Sa.., saya terkejut," tergagap-gagap Haira menyusun kata maaf. Geram juga dengan mamat ini yang muncul entah dari mana.

"Haish.., shit. Basah dah baju aku..," Haziq mengibas-ngibas baju T-shirt-nya.

Haira sudah menggaru kepala. Sempat dia menjengah pintu bilik comel yang masih tertutup rapat.

Pintu tutup macam dikunci. Jadi, dia ni keluar dari mana?

Langit ke?

Okay stop it, otak. Jangan nak merepek sangat lah Haira!

"Bila masa awak ada kat sini? Pintu bilik tu kunci. Tu yang saya ingat awak tidur lagi,"

"Aku tak tidur dalam lah," beritahu Haziq, tenang.

"Yeah? Kenapa?"

Haziq memandang Haira dengan kening terangkat sebelah. "Dah kalau bilik tu penuh dengan harta kau, kau nak aku tidur macam mana? Kerat diri aku 14 pastu selit kat kotak-kotak harta kau tu semua?"

Haira mencebik.

Tak payahlah marah. Tanya je, kan?

"Habis tu awak tak tidur lah?"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now