10 : " UNFAIR LIFE "

1.7K 128 3
                                    

"KAMU ni gila ke hah?!"

Tersentak Haziq dengan suara kuat dan wajah menakutkan bosnya.

"Sa.., sabar bos."

Encik Ahmad memandang geram Haziq. "Banyaklah kamu punya sabar! Eh, Haziq. Dah berapa kali saya ulang kat awak? Dah beribu kali kan? Dah beribu kali saya kata tolong kawal baran dan sikap awak tu! Selesaikannya dengan cara baik, bukannya dengan bertumbuk macam tadi!"

"Alaa, tapi Bos.., dia tu yang melebih! Tak, maksud saya, dah memang salah dia tak pandai jaga anak dia.., jadi saya.., saya pukullah dia..," Haziq cuba mempertahan diri.

"Yahaish, budak ni!" pintas Encik Ahmad, geram dengan Haziq yang suka menjawab.

"Ma.., maaf Bos." Haziq segera menunduk saat tersedar dia sudah terlepas cakap.

Encik Ahmad mengeluh perlahan sebelum memicit kepalanya. "Awak tahu tak dia tu siapa? Dia tu penulis blog terkenal, tau. Sepatutnya kita boleh perkenalkan restoran ni supaya dia tulis dalam blog dia dan awak baru je rosakkan peluang yang kita ada tahu tak hah, budak tak guna?!"

Haziq memejamkan matanya sesaat. Sedaya upaya dia bersabar. Bukan senang dia boleh tenang seperti ini apabila ditempelak sedemikian. Kalau ikutkan hati, sudah teruk majikannya itu dibelasah.

Encik Ahmad mengeluh perlahan. "Saya dah cukup bersabar dengan awak, Haziq. Malah, saya dah bagi kelonggaran pada awak untuk pakai baju bebas awak yang dah macam samseng gelandangan ni. Tapi yang ini!"

Haziq menelan air liur.

"...yang ini saya memang tak boleh nak biarkan. Awak memang betul-betul dah melebih." sambung Encik Ahmad.

Haziq sudah risau. Biasanya Encik Ahmad sentiasa memberikannya peluang. Encik Ahmad nampak sahaja orangnya seperti dingin, tapi dia memang seorang majikan yang baik.

Walaupun Encik Ahmad tidak berapa suka dengan Haziq, namun apabila melihat cara Haziq yang berkerja dengan bersungguh, dia yakin yang Haziq memang boleh diharap. Mungkin hanya sikapnya yang agak menjengkelkan dan menyakitkan hati itu sahaja yang menjadi masalahnya. Lagi yang menyakitkan mata adalah cara pemakaian Haziq. Serupa samseng!

"Bos, sorry-lah bos. Saya tak sengaja. Saya memang betul-betul tak boleh nak kawal tadi. Hati saya ni, hati saya ni panassss je bila dengar dia selamba badak kutuk Lisa tadi. Saya..,"

"Saya tak mahu dengar alasan awak!" pintas Encik Ahmad lalu melabuhkan punggung di kerusi.

Haziq pantas merapati meja Encik Ahmad. "Bos, tolonglah maafkan saya. Saya janji, lepas ni saya akan cuba kawal baran saya tu. Bos bagilah saya peluang bos..," rayu Haziq dengan muka seposennya.

Encik Ahmad memandang Haziq seraya mengeluh berat. Salah satu sebab lain mengapa dia sentiasa bersabar dengan Haziq adalah kerana sikap Haziq yang bersahaja suka menjawab, tidak pernah serius dan kadang-kadang pandai mengambil hati orang tua itu mengingatkannya pada anak lelakinya yang kini sedang menuntut di Australia. Anaknya itu sama umur dengan Haziq, jadi tidak hairanlah dia cepat lembut hati dengan pekerjanya yang bernama Haziq ini.

"Pergi." arah Encik Ahmad senada.

"Pergi? Pergi mana?" soal Haziq tidak mengerti.

Encik Ahmad mengeluh perlahan. "Pergi balik dan tak perlu datang lagi. Mulai sekarang, awak dipecat."

Mata Haziq membulat besar. "Pe.., pecat?! Bos pecat saya?!"

Encik Ahmad memejamkan matanya sesaat apabila suara Haziq itu membingitkan telinganya.

"Bos.., mana boleh macam ni bos.., Saya tak buat salah apa pun. Saya cuma tolong selamatkan Lisa je tadi. Orang tua tak sedar diri tu yang gila main maki-maki orang. Bos, kalau bos kat tempat saya pun bos akan buat benda yang sama. Bagilah saya peluang, bos."

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now