48 : " DANGER "

917 89 1
                                    

HAZIQ dan Haira melangkah keluar dari kedai alat tulis setelah selesai menghantar pesanan kopi yang dipesan oleh pelanggan.

Haira memandang Haziq. Sudah hampir lima minit mereka berjalan, namun lelaki itu hanya membisu. Bila Haira pandang dia, dia toleh ke lain.

"Awak."

"Hoh," balas Haziq tanpa memandang Haira.

"Awak ok ke?"

"Ok je. Apa yang tak ok nya?"

Haira buat muka pelik. "Dah tu, kenapa senyap?"

"Tak ada. Mana ada senyap." Haziq buang pandang ke arah lain.

Haira mencebik.

"Eh, muka awak merahlah."

Haziq tersentak. "Hah?"

"Ini haa. Tengok. Kenapa muka awak me-"

"Yah, yah!" Haziq pantas mengelak dan menjauhkan sedikit jaraknya dengan Haira apabila jari telunjuk gadis itu seakan mahu menyentuh wajahnya.

Haira pula sudah terkebil apabila melihat reaksi Haziq yang seakan menggelebah.

"Kenapa? Tak, saya cuma nak tengok tu kenapa merah. Awak tak sihat ke?"

Gadis itu ternyata langsung tidak menjangka yang wajah Haziq bertukar merah itu adalah kerana perasaan malu. Malu dengan keadaan mereka bermain piano tadi. Entah kenapa, jantungnya berdegup luar kawalan saat melihat senyuman Haira ketika bermain piano.

"Hah? Haa.., ha'ah. Aku sakit. Uhuk! Uhuk!"

Haira mengangkat kening. Dia masih tidak puas hati dengan jawapan Haziq. "Tapi merah ni-"

"Ya Allah dia ni.., Tepilah kau!"

Haira mencebik lagi.

"Kau jalan jauh sikit." arah Haziq.

Haira kemudiannya melangkah dua tapak ke kiri.

"Jauh lagi,"

Dua tapak lagi Haira ke kiri.

"Lagi,"

Haira mengerutkan dahi sebelum melangkah dua tapak lagi ke kiri.

"Hah, ok." akhirnya Haziq berpuas hati dan mereka kembali melangkah.

Haira pula yang tercengang. Mana tidaknya, mereka kini seperti orang asing yang saling tidak mengenali. Haziq berjalan di bahu kanan jalan, dan dia pula di bahu kiri jalan. Di tengah mereka, adalah jalan yang memisahkan jarak antara mereka berdua.

"Yah, apa awak ni?"

"Apa?"

"Apa jalan macam ni pulak? Ni bukan jauh sikit, ni jauh banyak ni!"

"Eh, kira oklah ni. Nanti kau taklah berjangkit batuk aku ni haa," balas Haziq selamba.

"Tsk, aneh- aneh lah awak ni!"

Haziq hanya buat muka selamba.

"Anyway, boleh tahan jugak kau main piano tadi. Suara pun not bad. Ada harapanlah kalau nak masuk ujibakat dalam rancangan kilauan emas tu."

Haira menjeling ke langit. Nak puji tu, pujilah. Tak perlulah nak menganjing begitu!

"Itu lagu yang slow, bolehlah. Tapi, itupun satu tangan je. Tak adalah hebat mana. Mungkin sebab jari saya pendek kot?"

Haziq tersenyum sinis. "Point-nya bukan jari, mak cik. Tapi, niat dengan kesungguhan kau nak main tu haa yang penting. Kau nak cakap pasal jari? Huh, tak payahlah. Kau cuba cari kat youtube, berapa banyak budak-budak yang umur satu tahun dah pandai main piano. Jari diaorang lagi pendek dari kau. Tapi, doarang ok je main. Tahu sebab apa ? Sebab diaorang minat."

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now