58 : " SPARKS "

881 82 0
                                    

"KAU rasa terbeban ke dengan permintaan aku tu?" soal Izzue saat mereka berdiri di hadapan kereta Izzue.

Haira diam sejenak. "Dia bukan terbeban.., tapi pelik dan terkejut. Yelah, kita berdua ni bukannya rapat. Mestilah saya rasa pelik bila awak kata awak perlukan saya."

"Rapat tu perlu dibina." tenang, namun mendalam maksud Izzzue.

Haira diam.

"Oklah. Aku gerak dulu." Izzue meminta diri apabila melihat Haira yang seperti hanyut dengan dirinya sendiri.

"Awak."

Izzue menoleh.

"Awak ni betul ke ok?"

Izzue angguk.

Haira keluh perlahan. "Look. Awak masih nak menafikan, kan? You are not okay. That's why awak jumpa saya."

"Mana kau tahu aku tak ok?" tenang sahaja Izzue membalas.

"Because you met your parents."

Izzue diam.

"Orang lain happy je bila jumpa their parents. Tapi, bukan awak. Macam yang awak tanya saya tadi. Ya, memang saya dah dengar cerita pasal awak and family awak. Sebab tu saya tak rasa yang awak akan ok."

"Habis tu, apa yang kau boleh buat kalau aku tak ok?"

Haira senyum kecil.

*******

BREK tangan ditarik dan enjin kereta dimatikan. Tidak berkelip Izzue memandang Dataran Gemilang yang penuh dengan orang ramai. Suasanannya kelihatan begitu meriah sekali.

Haira yang baru selesai membuka tali pinggang keledar, mengerling sekilas wajah Izzue. Senyumannya muncul. Haira tahu pasti ini adalah kali pertama Izzue melihat keadaan yang meriah ini. Faham juga Haira dengan keadaan Izzue sebagai atlet. Jarang ada masa untuk 'explore' kawasan sekitar walhal sudah lama tinggal di kawasan sini.

"Ehem,"

Izzue pantas menoleh. Barangkali baru tersedar dari lamunannya.

"Shall we?" Haira mengajak turun.

"Huh? Oh., ok." Izzue pantas mengikut langkah Haira keluar dari kereta.

"Bukan kita nak pergi sini ke?" soal Izzue yang kehairanan. Dia berasa pelik apabila melihat Haira tidak memasuki Dataran Gemilang itu, sebaliknya gadis tersebut mengatur langkah ke arah Fun Fair yang terletak di arah bertentangan.

"Kenapa? Tak suka Fun Fair?" balas Haira dengan senyuman.

"Tak.., bukan..,"

"Come on-lah awak! Lelaki ni bukan orang kata 'kanak-kanak yang tak pernah membesar' ke? Saya syak awak yang tak nak balik nanti bila dah masuk ni," usik Haira lalu terus menyambung langkah, meninggalkan Izzue yang bagai kebingungan.

Melihat senyuman Haira, Izzue akhirnya ikut senyum kecil. Betul. Gadis ini jujur sahaja hidupnya. Tenang dah bahagia.

Izzue memulakan langkah. Masuk sahaja keduanya sudah tergamam. Mana tidaknya, kawasan itu kelihatan sungguh meriah. Malah lebih meriah dari suasana di Dataran Gemilang. Dengan lampunya, dengan kanak-kanak yang berlari sana-sini dan buih-buih belon yang muncul dari pistol belon buih.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now