39 : " PROBLEM "

851 88 0
                                    

JAM  menunjukkan angka 12 tengah hari dan Haira dibenarkan untuk pulang berehat. Latihan bola keranjang akan bersambung pada pukul tiga petang, bermaksud dia harus hadir awal pada jam dua petang untuk menyiapkan segala alatan.

Sambil melangkah, keluhan perlahan dilepaskan. Sakit hati atas kata-kata Ketam Beku masih terasa hingga kini.

Hairan. Apakah yang dibencikan Ketam Beku itu, hinggakan mahu senyum pun payah?

Besar sungguh ke salah Haira? Atau, kerana sapu tangan itu? Kalau betul kerana sapu tangan itu, bila-bila masa sahaja Haira boleh minta maaf. Walaupun, benda itu berlaku tanpa sengaja!

Ya, kes cuci sapu tangan itu adalah tidak sengaja. Dan, adakah cuci sapu tangan pun salah? Nonsense betul!

"Izz, ingat limit, bro. No need overreacting here. We all faham yang kau masih tak boleh terima pasal kes Jasmin tu. Tapi, tak perlulah nak samakan dan bandingkan Jasmin dengan dia. Tak semua orang sama,"

Haira menghentikan langkah.

Jasmin? Siapa Jasmin? Apa yang telah dilakukan insan bernama Jasmin itu sehinggakan Ketam Beku memberi layanan dingin sedemikian kepadanya?

Satu keluhan berat sekali lagi kedengaran. Pening. Baru sahaja hari pertama bekerja, sudah pelbagai perkara menyakitkan otak yang terpaksa dilalui.

Si Ketam Beku itu! Kalau sudah begitu dia tidak suka pada Haira, mengapa semalam dengan rajinnya beliau menamankan Coach Naufal ke rumah Haira?

Ingatkan perempuan je complicated. Rupanya, lelaki lebih teruk dan memeningkan!

Haira baru sahaja ingin meneruskan langkah tatkaa matanya terpandang akan seorang gadis tinggi lampai . Gadis itu dilihat masih berdiri tegak sambil matanya memandang kosong jalan raya.

Haira kemudiannya memandang lampu pejalan kaki yang sudah bertukar warna hijau.

Kenapa dia tak jalan?

Eh, kejap. Macam kenal..,

Haira mengecilkan anak mata.

Bingo! Itu gadis yang dijumpainya semasa pertama kali dia pergi ke KSJ.

"Ah, kenapa dia tak jalan lagi ni?" Haira pula yang jadi risau. Matanya tidak lepas memandang lampu lampu pejalan kaki itu, lalu diselang pula dengan memandang gadis yang berada di seberang hadapan.

Berdebar pula rasa. Jelas kelihatan gadis tersebut  seperti sedang termenung akan sesuatu.

Lampu pejalan kaki bertukar merah.

Kereta mula bergerak.

"Ah..," Haira jadi makin gelabah.

Seperti yang dijangka, gadis itu juga mula melangkah tanpa langsung memandang lampu pejalan kaki yang sudah bertukar merah.

Sumpah, Haira rasa macam nak nangis. Mana tidaknya, semua kereta kini sedang menghala ke arah gadis itu.

"Watch out!" akhirnya, Haira menjerit kuat.

Thanks, God! Gadis itu akhirnya tersedar dan spontan memandang sekeliling.

Namun, kereta lain masih menghala laju ke arah gadis itu dan membuatkan gadis itu menjadi kaku.

TINNNN!!!

Lantas, tanpa berfikir panjang, Haira terus berlari pantas dan menarik gadis itu ke tepi.

TIN!

Pemandu kereta tersebut lantas menurunkan tingkap kereta. "Nak mati ke, hah?!" jerit lelaki itu bengis lalu meneruskan pemanduannya.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now