100 : " IT IS HURTS "

744 81 12
                                    

SEPANJANG perjalanan, Haziq lebih banyak mendiamkan diri daripada berkata. Hanya celoteh Lisa sahaja yang kedengaran. Sesekali dia mengangguk apabila gadis itu bertanya dan kemudiannya dia akan kembali hanyut dengan dunianya.

Lisa mengerling sekilas Haziq sebelum mengeluh perlahan.

"I have done my best," kata Lisa tiba-tiba, membuatkan Haziq memandangnya.

"Buat apa?"

Lisa senyum kecil. "Lisa dah agak, abang memang tak perasan pun,"

Haziw mengerutkan dahi. "Apa bendanya ni Lisa? Cuba cakap terus je. Aku peninglah orang cakap pusing kiri kanan ni," seperti biasa, Haziq masih dengan gaya selambanya.

Lisa menarik nafas perlahan. Pandangan dihala tenang ke hadapan bersama langkahnya.

"Lisa cuba nak hidupkan suasana. Sebab tu Lisa saja bebel macam mak nenek. Lisa buat sehabis yang baik untuk dapatkan perhatian abang, tapi Lisa gagal. Abang masih dalam dunia abang,"

Haziq ketawa sinis. "Bukan kau memang selalu macam mak nenek ke?"

Lisa menjeling ke langit. Ah manusia ini, selalu je buat Lisa bengang.

"Bang,"

"Hmm," sahut Haziq tenang tanpa memandang Lisa.

"Abang tak jawab lagi soalan Lisa tadi. Kenapa abang tak tegur Kak Haira tu? Penat tau Lisa cuba jadi peramah dengan dia, tapi abang buat macam Lisa ni syok sendiri je," omel Lisa.

Haziq diam buat seketika dan tidak lama kemudiannya mereka tiba di rumah sewa Lisa.

"Dah masuklah,"

"Alaa kejaplah. Abang tak jawab lagi kan soalan Lisa tadi? Kenapa abang tak tegur Kak Haira tu?" Lisa masih belum mahu mengalah.

Haziq mengeluh perlahan. "Kau tak payah nak tahulah. Tak penting pun benda tu. Dah pergi masuk cepat. Sejuk malam ni,"

Lisa memuncung. Namun dia akur.

"Night. Apa-apa call," pesan Haziq sambil memandang Lisa yang sedang memumbuka kunci rumah.

Lisa mengangguk tanpa memandang Haziq. "Ya, baik bos,"

Haziq mengeluh perlahan lalu berpaling dan memulakan langkah.

Lisa kemudiannya menoleh, sebelum berpaling ke belakang, memandang sayu langkah Haziq yang semakin menjauh.

Allah, ku mohon,

Kuatkan aku.

*******

HAIRA membuka tali pinggang keledar apabila kereta Izzue berhenti di hadapan Kafe Santai. Dia mencapai beg silangnya.

"Saya masuk dulu. Terima kasih sebab temankan dan hantar saya balik. Drive home safely," pesan Haira bersama senyuman lemah.

Izzue memandang Haira dengan tenang.

"Haira."

Haira menoleh.

"Kau ok?"

Haira senyum. "Saya okay. Saya pergi dulu ya?"

Izzue mengangguk lalu memandang Haira melangkah keluar dari kereta. Dia kemudiannya menekan pedal minyak dan kereta itu meluncur laju meninggalkan Haira yang berdiri dengan pandangan kosong.

Haira berpaling ke kanan lalu memulakan langkah. Namun setelah dua tapak melangkah, dia berhenti.

Kepalanya diangkat, lalu menoleh ke belakang.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now