44 : " WATCHING "

853 90 1
                                    

IZZUE merebahkan tubuh ke katil setelah selesai menggosok gigi. Siling bilik ditenung lama.

Tidak tahu mengapa, namun sedari tadi Izzue tidak henti memikirkan tentang Amirul. Mengingati akan wajah gelisah Haira, membuatkan dia berasa ingin tahu akan hubungan pemain bola tampar itu dengan Haira.

Izzue meraup wajah.

Ah, tapi kenapa dia perlu ambil tahu semua tu?

Nampaknya dia harus mepercepatkan langkah. Semakin lama Haira di situ, semakin gila dia jadinya.

*******

"MORNING Cik Haira manis!" sapa si mulut tumpuah gula seguni, Amril. Dia kemudiannya meletakkan begnya di bangku penonton.

Haira yang sedang mengemop lantai gelanggang pantas memandang Amril lalu tersenyum kecil.

"Assalammualaikum," balas Haira yang lebih kepada memerli.

Amril ketawa kecil. "Well, you got me. WA'ALAIKUMMUSSALAM,"

Amril memandang sekeliling, "Am I the first one yang sampai?"

"Tak adalah. Awak cuma sampai LEBIH AWAL dari biasa,"

"Eh, perli nampak?"

Haira ketawa kecil, menampakkan lekuk kecil di sudut bibirnya.

Amril jadi terpana seketika.

Alahai! Lekuk comel tu pun dah boleh tambahkan manis senyuman dia. Tak payah lesung pipitlah. Lekuk tu je dah buat iman hampir jatuh ni haa!

"Nak Amril tolong tak?" soal Amril. Kasihan pula melihat gadis kecil itu bersungguh mengemop lantai gelanggang yang besar.

"Eh, tak payahlah. Ni dah memang kerja saya kan? Awak pergilah warm-up dulu sementara tunggu yang lain datang,"

Amril mengeluh perlahan. "Bila tengok Haira kerja bersungguh macam ni, saya rasa memang tak patut betullah si labu tu kata yang Haira tak profesional,"

Spontan tingkah Haira yang sedang mengemop terhenti.

"Awak maksudkan Izzue ke?"

"Yelah, siapa lagi yang anti dengan perempuan kalau bukan Si Ketam Beku expired tu?"

Haira terdiam sejenak. "Kenapa awak kata dia anti dengan perempuan? Maksud awak, saya pun termasuk ke dalam perempuan yang dia 'anti' tu ke?"

Memang sudah lama persoalan itu bermain di fikiran Hairaz Mungkin ini adalah peluang untuk dia mengetahui serba sedikit tentang Izzue.

Amril yang sedang bercekak pinggang mengeluh perlahan. "Sebenarnya, dia tu bukanlah anti sangat dengan perempuan. Cuma dia kurang percaya je. Heish, ni semua sebab si Jasmin tu lah! Kalaulah dia tak cari pasal, rasanya mamat tu ok je. Haira pun tak akan sakit hati dengar sindiran pedas dia,"

Haira terdiam lagi.

Jasmin.

Sudah banyak kali dia dengar nama itu.

"Siapa Jasmin sebenarnya ni?" soal Haira seraya memandang Amril.

Amril mengeluh lagi. Malas sebenarnya mahu menceritakan tentang gadis itu. Tapi tidak sampai hati pula apabila melihat wajah ingin tahu Haira. Rasanya mungkin lebih baik dia ceritakan semuanya pada Haira.

"Jasmin tu dulu pengurus team basketball, macam Hairalah. Dia nampak baik, tinggi sikit dari Haira and berhijab. First few months tu dia ok je, tak ada buat hal. But, suddenly..., dia tiba-tiba tunjukkan belang dia. Huh! Masa tournament penting pulak tu." jelas terpapar riak bengang di wajah Amril.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now