29 : " TRICK IV "

874 80 0
                                    

TELEFON berbunyi mengejutkan Jasmin daripada lena. Dengan mata separa terbuka, dia menggagahkan tubuhnya untuk bangun. Telefon yang diselit di bawah bantal dicapai.

Tanpa melihat nama pemanggil, panggilan terus dijawab. Lantaklah, siapa suruh telefon pukul 3 pagi buta macam ni.

"Hello..," sapa Jasmin lemah. Suaranya juga agak serau kerana tersedar di awal pagi yang agak sejuk itu.

"Hoi,"

Dahi Jasmin berkerut.

Andy?

Pantas dia melihat skrin telefon.

Bingo. Memang Si Tunang tak gunanya itu yang call.

"Hoi, dengar tak?"

Jasmin pantas kembali mendekatkan telefon di telinga. "Hmm, ada apa you call I pagi-pagi buat ni?"

"Aku nak kau buat something."

Mata Jasmin menjeling ke langit. Tu dia. Entah apa lagi 'dosa' yang dia nak suruh kita buat lepas ni.

"And what is it?" lanjut Jasmin acuh tak acuh. Niatnya cuma ingin tamatkan panggilan ini dengan cepat dan boleh sambung tidur dengan aman.

"Tengah hari esok, aku nak jumpa kau."

"Nak buat apa?"

"Nak bincang pasal plan B,"

"Plan B? Plan apa pula ni? Apa yang tiba-tiba B-nya? Plan A apa yang tak terjadi tu?" balas Jasmin, blur.

Terdengar satu keluhan berat dari Andy.

"Kau ni jangan lembab sangat boleh tak? Pasal KSJ kesayangan kau tu lah!"

Spontan Jasmin menjauhkan sedikit telefon dari telinga.

"You nak I buat apa lagi ni? Dah-dahlah tu. Terima jelah kenyataan yang ada. I sekarang pun dah tak tahu nak kata betapa bersalahnya I pada diaorang semua,"

"You sendiri nampak, kan? Berkat diaorang main secara adil, bersih dan tak ada taktik kotor macam apa yang kita buat tadi, diaorang tetap menang. You tahu sebab apa? Sebab diaorang ikhlas! Diaorang bukannya lawan sebab berdendam atau nak malukan pasukan you!"

Tersengar tawa sinis Andy di hujung talian.

"Eh, yang kau nak acah baik sangat ni kenapa? Tak payah nak bertopeng sangatlah Jas. I am your fiancee. Aku kenal kau lama dah. Ni 'anak-anak ikan' kau tu dah bagi kau makan apa sampai tiba-tiba kau berubah jadi macam ni?"

Jasmin mencebik. Baru sekarang nak mengaku tunang? Tunang tak guna macam dia ni je yang selamba badak gunakan tunang sendiri untuk buat misi dia yang entah apa-apa tu!

"Suka hati you lah nak kata apa. Yang penting, I dah tak nak buat misi mengarut tu." putus Jasmin, muktamad.

"Geez, misi mengarut kau kata?"

"Yelah, mengarut! Mengarut sebab kalau you menang pun tadi, you menang atas taktik kotor! Orang macam you ni elok jelah kalau dipanggil pengecut! You tahu sebab apa? Sebab you tak berani untuk menghadapi kenyataan. You tak berani nak sahut cabaran. That's the true side of yourself, and I can see it CLEARLY, Andy."

"Yah!"

Jasmin tersenyum sinis. Entah kenapa rasa takut tidak pula menyerbu hati. Sebaliknya, rasa puas. Puas kerana dapat menyembur segala apa yang terbuku di hati.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now