12 : " THUG "

1.4K 133 2
                                    

HAZIQ mengeluh perlahan. Sudah hampir 30 minit dia berjalan tanpa tujuan. Hala tuju seterusnya?

Dia sendiri tidak tahu.

Haziq memandang bangku kosong di kaki lima kanan. Kakinya yang sakit membuatkan dia mengambil keputusan untuk berehat seketika.

Haziq mengangkat kaki untuk duduk bersila. Sambil tangan kiri menongkat dagu, dia melihat keadaan orang ramai lalu lalang di kaki lima. Ada yang memandang pelik padanya dan ada juga yang terus mendukung anak kecil mereka setelah melihat dirinya.

Haziq tersenyum sinis.

"Heish.., takut macam aku ni penyangak nak bunuh anak dia." omel Haziq perlahan sambil merenung kosong hadapan.

"Heuarghh.." Haziq menutup mulutnya yang menguap besar. Kepala menggeleng laju, cuba menghilangkan rasa kantuk yang bersarang.

"Allah..,"

Haziq pantas mengalihkan pandangan pada seorang pak cik tua yang sedang membentang tikar di kaki lima, bersebelahan dengan bangku yang sedang didudukinya. Melihat sebungkus plastik yang penuh dengan tin minuman kosong, Haziq dapat mengagak bahawa pak cik tua ini sedang mencari sisa-sia tin kosong.

Haziq memandang pak cik tua itu dari atas hingga bawah. Ada rasa simpati mula bersarang di hati tatkala melihat pakaian lusuh lelaki tua itu.

"Assalammualaikum, Pak Cik." sapa Haziq penuh sopan dan disertai dengan senyuman.

Pak Cik tua itu menoleh ke arah Haziq dengan wajah tanpa riak, sebelum kembali menyambung memeriksa tin-tin kosongnya.

Haziq terkebil apabila pak cik itu tidak menjawab salamnya.

"Apa ni? Dia buat-buat tak nampak aku ke?" gumam Haziq perlahan.

"Pak cik!" kini Haziq memanggilnya dengan sedikit kuat.

Sekali lagi pak cik tua itu memandang Haziq, lalu kembali menyambung tugasnya.

Haziq tertawa kecil. Cukup dia tidak percaya dengan reaksi yang diterima dari pak cik tua itu.

"Eii, pak cik ni. Pak Cik ! Saya panggil Pak Cik ni!"

......tiada balasan.

Haziq ketawa sinis seraya menjeling ke langit. Pipi dalam terus ditolak dengan lidah.

"Haish, tak percaya betullah..," Haziq bangun dari duduknya.

Haziq merapati pak cik tua itu yang tenang memeriksa tin-tinnya. Sambil bercekak pinggang, Haziq mengeluh perlahan. Pak tua ini memang betul-betul mencabar kesabarannya.

"Pak Cik, Pak Cik ni tak nampak saya, atau Pak Cik buat-buat tak nampak saya? Pak Cik ingat saya cakap dengan tunggul ke?"

"Ah, Pak Cik!" bagai budak kecil Haziq merengek apabila pak cik itu masih tidak mengendahkannya. Orang sekeliling mula memandang pelik ke arah mereka.

"Haish, gila betullah..," Haziq meramas rambutnya yang sedia serabai. Dia mengeluh geram sebelum mencangkung di hadapan pak cik tua itu.

"Pak Cik, Pak Cik betul tak nak layan saya ni? Kenapa Pak Cik tak nak layan saya? Saya dah bagi salam tau tadi. Pak Cik sepatutnya jawab. Ah, tak. Kalau tak nak jawab pun, Pak Cik patut senyum kat saya. Bukannya buat saya cakap sorang-sorang macam orang gila kat sini.., Pak Cik!" protes Haziq seperti budak kecil.

Pak Cik itu akhirnya memandang Haziq. Pandangannya masih sama seperti tadi, hanya pandangan kosong tanpa apa-apa riak.

"Kau..,"

"Hm? Kenapa Pak Cik?" soal Haziq penuh prihatin.

"Kau..,"

"Ya, saya kenapa Pak Cik?"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now