95 : " I AM SORRY "

699 83 18
                                    

IZZUE berlari anak sambil kepalanya dipusingkan 180 darjah, cuba untuk mencari kelibat kecil Haira. Dari tempat menunggu, sehinggalah di taman permainan, kelibat gadis kecil itu masih juga tidak kelihatan.

Izzue bercekak pinggang bersama nafas yang sedikit mengah kerana berlari tadi.

"Mana pulak dia ni, bateri telefon kong pula tu," decit Izzue perlahan sambil matanya melilau ke tempat parkir.

Dan matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang bersandar di pintu kereta. Izzue mengeluh perlahan. Haira, haira.

Lantas Izzue berlari anak ke tempat parkir dan menuju ke keretanya.

Haira memandang Izzue yang semakin menghampiri sehinggalah lelaki tinggi lampai itu berdiri di hadapannya.

"Kau o--"

"Bawa saya jalan-jalan," pintas Haira bersama pandangan kosong.

"Jalan? Ke mana?" Izzue mengerutkan dahi.

Haira pandang ke arah pintu masuk hospital bersama pandangan kecewa.

"Hm, jauh dari sini,"

*******

SEDANG doktor yang bertugas memeriksa keadaannya, Lisa masih sempat mencuri pandang Haziq yang kelihatan sibuk menelefon seseorang. Lelaki itu kelihatan gelisah, seperti menunggu panggilannya dijawab seseorang.

Tidak lama kemudian, doktor itu selesai memeriksa keadaan Lisa. Lisa memerhatikan Doktor itu melangkah ke arah Haziq dan mereka mula berbincang. Namun Lisa dapat melihat dengan jelas betapa Haziq masih berharap panggilannya itu dijawab apabila lelaki itu sekali-sekala memeriksa telefonnya.

Tidak lama kemudian, mereka selesai berbincang dan doktor tersebut mula meminta diri.

Haziq memandang Lisa yang tenang memerhatikannya.

Haziq mengeluh perlahan lalu mula menghampiri Lisa. Telefonnya disimpan di dalam kocek seluar.

"Kau rasa macam mana? Ok?" Haziq bersuara senada.

Lisa angguk lemah.

Haziq mengeluh perlahan. "Kau patut cuba pembedahan tu, Lisa. Aku dah bincang dengan doktor tu tadi,"

"Abang...," Sungguh Lisa tidak mahu menyusahkan Haziq lagi. Kerana dia tahu masanya akan tiba. Dia akan pergi juga tidak lama lagi.

Paling pun, kurang dari sebulan inilah masa yang dia ada. Dan dia mahu menghabiskannya bersama abang angkat kesayangannya ini.

"Kau cuba dulu, Lisa. Tolonglah,"

Lisa diam. "Buat apa pembedahan tu, bang? Kalau Lisa berjaya sekalipun, untuk apa lagi Lisa hidup kalau separuh hidup Lisa memang dah hancur? Mak dengan ayah yang jadi tunggak dalam keluarga langsung tak fikirkan Lisa. Lisa memang dah penat bang, penat sangat,"

Kini giliran Haziq pula yang terdiam. Dia kemudiannya bangun.

"Semua manusia diberi peluang untuk hidup. Aku, doktor tu senua dan kau pun. Apa pun alasan kau, aku tetap nak kau jalani pembedahan tu. Kau tak payahlah nak risaukan pasal masa depan kau, sebab aku akan jaga kau,"

Lisa pantas memandang Haziq. Seperti mendalam maksud yang dikatakan Haziq.

"Sejauh mana abang nak jaga Lisa? Lisa tak nak jadi beban bila tiba masa abang nak berkeluarga nanti,"

"Itu kau tak payahlah fikir. Macam mana pun aku akan jaga kau. Sebab kau je 'keluarga' yang aku ada. Kalau terpaksa kahwin dengan kau pun, aku akan kahwin dengan kau," tutur Haziq tenang.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now