14 : " AGE "

1.3K 120 1
                                    

RAMBUT hitamnya disisir kemas. Izzue mencapai beg galas lalu disangkut malas di bahu kanan. Jam di dinding dikerling. Hanya tinggal lima minit sebelum pukul 3 petang.

"Kau nak pergi mana?" Afiq muncul bersama mi segera cawan di tangan.

Izzue mengerling sekilas Afiq yang sedang melabuhkan punggung di kerusi meja makan.

"Court." jawab Izzue ringkas.

"Sekarang? Eh, kita kan baru habis tournament. Patutnya kau pergi rehat! bukannya sibukkan dengan court tu."

Izzue tersenyum kecil, "Habis kau nak aku duduk sini, then rosakkan usus aku dengan makan mi segera macam kau? Memang tak lah. Baik aku pergi training atau kemas apa yang patut kat court tu."

Tidak jadi Afiq mahu menyuap mi segera kari itu ke dalam mulut. Wajah selamba Izzue dipandang geram. "Heish, dia ni..,"

Izzue mengangkat bahu. "Aku chaw dulu. Bye."

"Heish, that little punk tu!" decit Afiq, geram.

Afiq mengeluh perlahan, "Harap-haraplah Coach dapat cari pengurus yang boleh isi tempat kosong tu. Kesian pula aku tengok Si Labu Izzue tu hari-hari duk kemas court."

Izzue mengikat tali kasutnya dengan kemas. Telefon yang berbunyi segera dikeluarkan dari kocek seluar tracksuit.

Incoming call ;
Haziq

Izzue mengeluh perlahan saat melihat nama yang tertera di skrin telefon. Dengan malas, butang hijau di-swipe.

"Kau nak apa?" soal Izzue acuh tak acuh.

"Oi Labu, aku nak jumpa kau."

Izzue memejamkan mata sesaat seraya mengeluh perlahan.

"Aku busy." balas Izzue lalu terus mematikan panggilan. Tidak cukup dengan itu, dia mematikan pula telefonnya.

*******

HAZIQ menolak pipi dalam dengan lidah lalu tersenyum sinis.

"Si tak guna ni...memang nak mati ke hah?!" jerit Haziq geram, serentak menarik perhatian beberapa orang yang ada di pondok menunggu bas.

Haziq memandang sekeliling. "Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang mengamuk ke?"

Semua kembali memandang ke arah lain.

Haziq memandang semula telefonnya dengan geram. "Si tak guna ni...Yaheishh..,Berani dia matikan telefon,"

"Baik, kau nak berlagak sangat kan. Kau tunggu. Kau tak kenal aku lagi aku ni siapa tau. Kau tak nak angkat call aku? Alright, kita tengok siapa menang yishh..," pantas Haziq memasuki log panggilan. Kenalan Izzue yang disimpan dengan nama 'Labu Tak Guna' disentuh.

'Nombor yang anda hubungi...'

Haziq memejamkan mata sambil mengigit bibir. Sungguh, kalau Izzue ada di hadapannya, memang sudah lama dibelasahnya hingga mati!

"Yahaishhhh!"

*******

"PETANG, Senior Izz." ucap seorang gadis yang berpampasan dengan Izzue.

Izzue mengangguk dengan senyuman. Dia mengatur langkah tenang menuju ke gelanggang.

Izzue menolak pintu coklat yang besar, lalu melangkah masuk. Namun setelah selangkah menapak, tubuhnya terus menjadi kaku. Hanya matanya sahaja yang tepat memandang seorang 'manusia sesat' yang tidak dikenali.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now