50 : " PREPARATIONS "

949 94 0
                                    

3 hari sebelum Sukan Tahunan.


KUMPULAN Satu, melangkah ke padang bagi bersiap sedia menyediakan persiapan acara sukan tahunan. Keadaan di padang juga meriah dengan kehadiran pasukan-pasukan lain.

Kesemua 40 pemain bola keranjang dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan Satu, diketuai oleh Ketua Jurulatih sendiri, iaitu Naufal. Kumpulannya bertanggungjawab dalam tugasan memasang khemah.

Kumpulan Dua diketuai Izzue, ditugaskan untuk menyiapkan alatan bagi acara untuk bola keranjang.

Bagi kelab bola keranjang, mereka telah sepakat untuk membuat tiga acara permainan, iaitu:



1) Dribble-combo
2) Perlawanan bola keranjang bersama ahli bola keranjang sendiri
3) Acara kumpulan sorakan/ cheerleading



Dribble-combo - peserta perlu melakukan ketiga-tiga dribble (cross-over dribble, between, behind dribble).

Ketiga-tiga dribble perlu dilakukan dengan pantas dalam masa satu minit. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah combo-dribble yang berjaya dibuat tanpa sebarang kesilapan.




Bola keranjang - Atlet bukan basketball akan berlawan dengan atlet basketball.

Contohnya, pasukan bola tampar berlawan dengan pasukan bola keranjang.



Cheerleading - Hanya boleh disertai oleh golongan gadis yang bukan beragama Islam.




Kumpulan Tiga, bertanggungjawab menghias khemah dan gelanggang. Kumpulan ini diketuai oleh Haira , satu-satunya 'bunga' di kelab tersebut.


Amril dengan bersungguh, menggunting kertas warna mengikut bentuk bunga yang telah dilukis. Sesekali mata mengerling rakan-rakannya yang lain.

"Ah! Bosan!" kertas warna dan gunting dicampak geram.

Terhenjut bahu yang lain. Melihat si 'pembuat onar' itu adalah Amril, auto menggeleng semuanya.

"Oi, mangkuk! Kau ni dah kenapa? Campak, campak. Tercucuk kaki aku, aku cungkil biji mata kau nanti." Hariz memberi amaran.

Amril mengeluh berat.

"Bosanlah buat benda ni. Aku nak pergi tolong Coach pasang khemahlah. Ini semua kerja perempuan!"

Dengar perkataan 'perempuan', Haira terus senyum.

"Dah tu? Kau nak kata yang Haira lah patut semua ni? Aku gunting mulut kau baru tahu, tau!" Nazri menambah.

"Entah. Kau tu bukannya nak tolong yang sebenar-benarnya tolong pun kalau pergi padang tu. Kau sibuk mengurat amoi-amoi gimnastik tu adalah! Tolong konon! Tolong tahi kucing!" makin gakak Hariz membangkang 'protes' Amril.

"Dah, jangan nak mengada macam perempuan. Perempuan pun tak mengada macam kau. Sambung gunting tu!"

Amril memuncung. Dengan tidak bersemangat, diambil kertas warna dan gunting yang dicampak tadi.

Haira senyum. Macam-macam kerenah semuanya. Mata kembali menilik senarai. Selesai senarai itu diperiksa, dia bangun dari duduk dan melangkah ke bulatan sebelah.

Bulatan itu diberikan tugas untuk menghias banner.

"Guys, nanti kalau dah siap lukis and design banner ni, korang terus panggil Coach, eh? Biar dia tengok ok atau tak," Haira memberi pesanan dengan senyuman.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now