65 : " MY KNIGHT "

824 101 12
                                    

"ARE you sure tak nak ikut sekali ke KSJ?" soal Alif menginginkan kepastian.

"Ya-"

"Tak payah. Dia ada aku." pintas Haziq tanpa diminta.

Haira terus pandang Haziq dengan dahi berkerut.

Alif tersenyum sinis sebelum menggeleng. Bahu Haziq ditepuk.

"Nanti kita lepak lagi. Ingat, kawal baran kau tu sikit."

"Aku tahulah." Haziq menjawab malas.

Haira hanya tersenyum melihat keduanya. Jelas boleh dilihat keduanya seperti mempunyai hubungan yang akrab.

"Fakrul, salam Kak Haira." Alif mendekatkan Fakrul yang berada di dukungannya ke Haira.

Haira kemudiannya pantas menyambut huluran tangan Fakrul yang ingin menyalaminya.

"Good boy."  Haira mencuit perlahan hidung mancung Fakrul.

"Alright. Dah, jom." Alif mula berpaling ke belakang, ingin memulakan langkah.

Haziq mengetap gigi geram. Mamat ni memang sengaja betullah!

"Hoi, hoi, hoi!" panggilan geram Haziq menghentikan langkah Alif. Segera lelaki tinggi lampai itu berpaling ke belakang dengan kening terangkat sebelah.

"Kau ni memang kurang asam ek? Kau ingat aku ni apa? Jadi tiang lampu macam kau? Eh, aku ni pun manusia tau? Salam, mana salam?" bebelan Haziq menimbulkan senyuman lucu Haira. Sebenarnya Haira dapat mengagak bahawa Alif sengaja mengusik Haziq begitu.

Alif dengan muka tidak bersalahnya memandang Fakrul. "Eh Fakrul kenal tak siapa abang gila ni? Paksu tak kenal ni siapa ni. Tiba-tiba je nak suruh Fakrul salam dia ek?"

Makin melebar senyuman Haira jadinya. Nasib sahajalah dia masih mampu mengawal tawanya daripada meletus.

"Paksu! Fakrul kenallah abang ni! Abang ni namanya Abang Handsome!" jawab si comel Fakrul yakin dan bersemangat.

Kening Haira terangkat sebelah.

"Apa dia? Abang Handsome?" jelas lagi nyata riak wajah Alif yang tidak boleh menerima gelaran dari anak buahnya itu.

"Em!" Fakrul mengangguk laju.

Haziq sudah tersenyum bangga. "That's my boy! Come on! Hi-5 sikit!" Haziq mengangkat tapak tangannya dan Fakrul terus membalas tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku.

Haira menepuk dahi. Ah, sudah!

"Kenapa pula Fakrul panggil dia Abang Handsome ni?" Alif jelas tampak tidak berpuas hati.

"Tadi Abang Handsome yang kata nama dia Handsome." jawab si kecil polos, serta-merta membuatkan tawa Haira akhirnya meletus.

Alif sudah memandang Haziq dengan riak wajah;

'Pebende ni nyah?'

"Apa? Dah memang kenyataan kan yang aku ni memang handsome? So, why not?" Haziq membela diri.

"Macam budak kecil kau punya perangai. Dah lah, aku gerak dulu." Alif meminta diri.

Haira dan Haziq mengangguk tanda mengerti.

"Drive elok-elok, mangkuk! Fakrul tu jangan lupa pakaikan seat belt!" pesan Haziq tatkala Alif ingin meloloskan tubuhnya ke dalam perut kereta.

"Aku tahulah!" balas Alif sedikit bengang lalu disambuti tawa kecil Haziq dan Haira.

"Haira, nanti kita jumpa lagi ya?"

Haira mengangguk dengan senyuman. "Baiklah."

Haziq mencebik.

Dan tidak lama selepas itu, kereta Alif mula meluncur pergi.

Haira memandang kereta itu hingga hilang dari pandangan. Keluhannya kedengaran.

"Awak rasa kan.., boleh ke Izzue terima apa yang Alif  bakal ceritakan pasal Jasmin nanti? Maksud saya.., dia akan maafkan Jasmin dan Alif kan?"

"Kau tak payah risaulah. Dia akan maafkan. Lagipun arwah dah tak ada. Tak ada sebab untuk dia terus dendam dengan Jasmin."

Haira mengangguk. "Alhamdullilah lah kalau macam tu."

Senyap.

Haira yang pelik terus mengangkat wajah. Terkebil dia seketika apabila Haziq sedari tadi hanya menatapnya, dengan pandangan yang serius.

Haira berdeham perlahan. "Kenapa.., awak tengok saya macam tu?"

"Kenapa kau buat macam tu?" soalan dibalas dengan soalan.

"Buat? Buat apa?"

"Kau tahu tak apa yang aku rasa bila nampak seketul kau yang kecil ni kat tengah-tengah jalan tadi? Rasa macam dah tak bernafas tahu tak bila aku nampak kereta tu menghala laju ke arah kau? Eh, Haira, kau fikirlah. Alangkah kita kalau nampak orang asing pun akan jadi berdebar bila situasi macam tu, apa lagi bila kita kenal orang tu. Kau. Aku kenal kau. Kau rasa apa yang aku akan rasa kalau kereta tu..," tidak sanggup Haziq menghabiskan ayatnya. Pasti Haira faham sendiri.

"Saya cuma nak tolong Fakrul je, awak. Saya tak fikir lain dah. Budak tu kecil lagi. Kalau apa-apa jadi kat dia depan mata saya, saya rasa saya yang tak boleh hidup normal macam biasa. Rasa bersalah akan sentiasa ikut saya sebab saya pentingkan diri dengan abaikan je budak tu. Awak pun akan buat perkara yang sama kan?"

Haziq meraup wajah. Mahu marah, namun gadis ini ada alasan logiknya.

"Awak risaukan saya ke?" Haira memandang Haziq dengan senyuman kecil. Bukan kerana perasaan 'perasan' atau 'bangga' melihat tingkah Haziq yang ambil berat tentangnya, namun rasa terharu. Terharu kerana lelaki samseng ini menghargainya.

"Aku dah penatlah hilang orang yang dekat dengan aku."

Haira diam. Mata memandang tepat sepasang mata Haziq.

"Aku jujur lah dengan kau sekarang ni. Aku tak nak hilang kau. Jaga diri kau baik-baik, boleh? Jangan buat aku risau?"

Haira gumam mulut, lalu mengangguk.

"Kau terkejut kan dengan kejadian tadi?"

"Siapa je tak terkejut?" Haira cuba senyum tawar. Takut untuk ingat semula kejadian tadi. Bayangkan sahajalah situasi bilamana kereta menghala laju ke arah kita. Otak secerdas mana pun boleh jem bila melihat keadaan seperti itu. Terus kaku tubuhnya untuk mengelak pantas. Nasib sahajalah lelaki samseng ini hadir.

Nasib? Atau.., takdir?

"Hari ni kau tak payah pergi kerja. Kau masih trauma ni dan aku tak nak kau jumpa si labu tak guna Izzue tu."

"Tapi esok..,"

"Kau seorang je ke yang reti buat kerja kat situ?" pintas Haziq, sedikit bengang. Cukup dia tidak suka dengan sikap Haira yang terlalu mementingkan hal lain dari diri sendiri.

"Budak-budak tu ada kaki kan? Ada tangan kan? Jadi apa yang kau nak risau sangat? Setakat Abang Naufal si Coach korang tu pandailah aku settle deal dengan dia nanti. Tapi hari ni aku memang tak nak kau pergi KSJ."

Haira berfikir sejenak. Serba salah sebenarnya dia mahu 'melepas tangan' di hari mereka yang tersangat sibuk ini.

"Minah Kemetot."

Haira angkat muka.

"Spend time dengan aku hari ni, boleh?"

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now