75 : " WISH COULD BE THERE "

735 85 0
                                    

"DEE !!!"

Dianne yang sedang sibuk mengemas bilik latihan terus menoleh memandang Fatin. Minah ni memang suka muncul macam tu eh ?

"Hah , kenapa ?" Soal Dianne yang kini berpakaian sukan.

"Izz...Izz.." Fatin memegang dada. Nafasnya yang mengah menyukarkan dia untuk menyusun kata.

Dianne tersenyum seraya menggeleng. "Kau ni cubalah tenangkan diri tu dulu. Kenapa ? Apa dia ? Izz menang ?" Soal Dianne tenang.

Dia sememangnya sudah dapat mengagak lelaki itu bakal menang kerana Izzue agak berbakat dalam acara larian. Lihat sahajalah kepantasan lariannya ketika perlawanan bola keranjang dan itu sudah cukup untuk membuatkan dia tidak terkejut jika Izzue menang dalam acara tersebut.

"Haa itu memang betul ! Tapi.."

Dahi Dianne berkerut. "Tapi ?"

"Dia cedera."

Dianne terpempan.

"Apa ?"

                                       ------

"ABANG jomlah kita turun bang ! Ifah nak tengok anak kita tu !" Hampir sahaja menitis air mata Sharifah dek kerana risau dengan keadaan anaknya.

"Tak payah nak mengadalah. Dia luka sikit je tu. Lagipun awak nampakkan para medik tengah rawat dia ? Dah awak tak payahlah nak risau sangat. Dia tahu jaga diri dia. Haa ahli-ahli yang lain mesti tengokkan dia." Kata Amir tenang tanpa riak risau di wajahnya.

"Abang ni , saya tak faham betullah ! Anak sendiri pun macam bukan anak sendiri !" Sharifah meraup wajahnya. Ya Allah , mengapa terlalu sukar untuk meruntuhkan 'tembok China' yang ada hati suaminya ini ?

*******

IZZUE memegang lengannya yang sudah siap dibalut lalu mengucapkan terima kasih pada para medik itu.

"Izz , okay ?" Soal Naufal risau.

Izzue memandang Naufal sebelum mengangguk. "Sikit je ni." Kata Izzue tenang , dia tidak mahu sesiapa risau akan keadaannya.

Apatah lagi si gadis bertubuh genit ini.

"Good then. Kau rest dulu. Aku ada benda nak kena settle dengan pegawai majlis. Haira , tengokkan Izz ya ," Pinta Naufal yang sudah bangun. Haira mengangguk lalu terus mengambil tempat Naufal tadi.

"Awak sure okay ni ?" Soal Haira menginginkan kepastian.

"Aku oklah. Luka sikit je pun."

Haira mengeluh perlahan. Dia bangun apabila rakan-rakan yang lain mula merapati Izzue.

"Weh kau ok tak ni weh ? Risau tho kitaorang semua." Seperti biasa , Amril yang mulut becok itu terlebih dahulu memulakan bicara.

Izzue tersenyum kecil. "Aku oklah."

"Tapi serius ah , aku memang tak faham gila dengan si Mirul tu. Apa masalah dia nak main kotor sampai macam tu sekali ?" Soal Afiq yang bengang dengan perbuatan Amirul tadi.

"Itu bukan main kotor lagi , tapi itu dah dikira sengaja main kasar. Weh Izz , kau tak rasa ke mamat tu sejak beberapa hari ni macam anti semacam dengan kau ?" Soalan Fitri membuatkan semua memandang Izzue yang terdiam.

Izzue memandang Haira dan ternyata gadis itu terdiam memikirkan sesuatu.

"Tak ada apa kot. Maybe dia tak sengaja." Jawab Izzue tenang sambil matanya masih memandang Haira.

Mendengar jawapan itu , Haira terus memandang Izzue. Dia tahu pasti Izzue dapat menghidu sesuatu dan sedang cuba untuk menyembunyikan daripada pengetahuan rakan-rakannya yang lain.

STAY CLOSE ✔️Where stories live. Discover now