Jambatan Melintangi Angkasa.

68 5 0
                                    

Ibu,
Semuanya indah sewaktu aku berada di angkasa yang kau ciptakan melalui jendela mu. Sebelum sentuhan tangan itu tiada berseberangan dengan ketetapan ku. Setelah badai mengalirkan sungai sedang aku belum pernah belajar berenang.

Ibu,
Julung kalinya aku tampil kan jua kewujudan mu dalam karangan berupa deretan kata-kata seorang pahlawan fajar. Kerana semakin hari, aku meratapi angkasa tanpa ketakjuban. Kanak-kanak itu telah lama lenyap, ia tidak berlari-lari di dalam ku lagi.

Kelmarin, aku terjumpa dengan perempuan tua di hujung taman. Ia diam ketika aku menegurnya. Ia diam dan hanya diam meski aku telah berdiri di hadapan jiwanya.

Matanya jauh merenung barisan nisan yang berbunga di sekitarnya. Sedang aku, merenung jambatan melintangi angkasa dan sungai di antara aku dan ibu.

Menari Dalam Gelap.Where stories live. Discover now