Jika Malam Ini Hujan.

33 5 0
                                    

Jika malam ini,
Hujan turun dan menitis di bumbung rumah mu,
Tabah dan sabar lah,
Aku tak bisa pulang,

Dan jika kau merasa dingin,
Ditiup angin malam,
Lalu aku tiada di samping mu,
Memeluk mu,
Seperti selalunya,
Dan membisikkan suara nyanyian ayah mu,
Yang kau rindu,

Atau jika kau terjaga dari tidur,
Disentak guruh,
Lalu kau mencari dakapan ku,
Kerana bagimu aku adalah kedamaian,
Yang kau dambakan,

Maaf,
Wahai mawar yang ku puja,
Di siang dan malam hayat kita,
Aku tak bisa pulang,
Kerana jika hujan turun,
Mata ku kelabu,
Tapi percaya lah,
Kerana hanya kau yang ada di dalamnya.

Menari Dalam Gelap.Where stories live. Discover now