Ayah

42 3 0
                                    

Ayah,

Di antara rinai hujan dan pasar malam, aku terpuruk di rendam keheningan. Di setiap bayang mu yang bermain dalam memori dan pituah hidup, aku malah tercari-cari; meneroka belukar dalam diri ku.

Ada lagu dan takbir melingkari pencarian ku. Tarian ku masih terbata-bata. Tetap hilang dalam gelap. Mujur ayah pernah ada di sini.

Aku pernah melihat ayah merenung keramaian di pasar dan tersenyum. Kerana malam ini aku menghadapinya tanpa ayah.  Seperti lopak air tak bertuju. Ayah adalah tebing; diam dan keras, tak mengarah-arah tapi aku terarah.

Sungguh malam ini, pertanyaan itu kerap dimainkan resah ku, "di mana ayah?"

Pertanyaan yang hadir dari suatu rasa rindu yang tidur dalam persembunyian ku.

Tuhan ku,

Selamatkan ayah di sisi mu,

Sungguh Tuhan ku bersama dengan orang yang berjuang mencari jawapan.

Menari Dalam Gelap.Where stories live. Discover now