Sesat

24 7 0
                                    

Sesat.

Aku sesat.

Pintu yang terlopong di antara pintu-pintu lain yang tertutup berkunci. Tanpa pertimbangan antara kepastian dan kemahuan aku memilih yang tak jitu.

Aku sesat. Aku buntu.

Mahu terus aku penat.

Mahu berundur aku tenat.

Mahu meminta aku bangsat.

Mahu diam aku melarat.

Mahu mencari aku telat.

Dalam genggam ku hanya janji kelabu. Entah berkurun baru dilunas. Entah berapa ratus kali jatuh baru tergadah. Entah berapa puluh birat dan luka baru tersedar.

Sedar bahawa memilih itu bukan dengan melihat yang bakal berada di hadapan, bukan pula yang pernah berada di belakang.

Tapi apa yang ada dengan kita saat ini.

Dan saat ini. Aku sesat.

Menari Dalam Gelap.Where stories live. Discover now