Penjara

36 7 0
                                    

Kelam dan seram alur langkah ku menuju alam di dalam gerombolan kelabu kabut di hujung malam tak berseri. Sebutir bintang semestinya berkerdip tanpa diminta,  tanpa perlu menagih restu,  tanpa pernah dimiliki hasrat meski kadang ia menjadi suatu mimpi karut.

Mencari sudut di antara keramaian ini,  merayu menagih khalwat beramah dengan jiwa sendiri. Melayan atau menentang bisikan yang memujuk aku meninggalkan fana ini.

Namun telah dahulu aku bersumpah. Tak akan mengeluh aku mengalah. Selagi berdarah setiapnya ku kerah.  Berat ringan resah ku tak beralasan dengan lelah. 

Ini penjara. Gerigi ini prinsip. Belenggu ini wang ringgit. Ruangan sel ini waktu yang semakin menyempit.

Jangan dimimpi awan biru, jangan dimimpi fajar senja, kerana kebebasan itu pilu dan abdi sejati adalah penjara.

Menari Dalam Gelap.Where stories live. Discover now