Kata

39 6 0
                                    

Justeru darimana kata-kata ini muncul?
Kata-kata yang di tulis membelakangi waktu dan kelemahan,
Bayangkan seorang insan yang mahu hidup sendiri,
Dia tahu akan tujuan dan ikhtiar hidupnya di sana nanti,
Namun kesunyian yang sepatutnya menjadi nikmat sebuah kebebasan telah membelenggu pemikiran dan keyakinannya,

Kata-kata ini datang sepenuhnya daripada lelaki yang tinggal di sebuah kamar yang dipalit debu-debu hitam.
Bayang-bayang rindu menari dalam jiwanya yang sempit dihimpit kenangan,
Seperti pengembara terkandas di pulau pencil lalu dia kehilangan kampung dan halaman demi mengejar cinta dan kehidupan di istana,

Kata-kata ini juga datang dari deretan persoalan,
Kenapa perlu ada kematian ketika kita masih bernyawa?
Kenapa ada perpisahan ketika kita masih berdampingan?

Diam,

Biar aku yang menjawabnya sendiri,
Kerana ini, kata-kata itu berdiri.

Menari Dalam Gelap.Where stories live. Discover now