Fajar

45 7 0
                                    

Seiring fajar aku bangkit lagi. Penat semalam adalah sejarah. Tidur dan mimpi indah adalah kepuasan. Dan pagi; kesinambungan atau permulaan?

Kalau tiang layar itu kukuh seperti semalam, pagi ialah kesinambungan. Kalau ia roboh juga?

Anggap lah itu permulaan. Nescaya hidup ini mudah. Meski kadang aku bosan dengan penat. Penat menyangkal kegagalan.

Tak mengapa.

Biar aku bangkit seiring fajar. Kerana fajar dan kegagalan tak pernah bersahabat.

Menari Dalam Gelap.Where stories live. Discover now