Masihkah tergenang air di mata mu. Di saat ku paparkan lembaran mimpi kita yang dihiasi bintang-bintang. Membangun kan lena mu dalam kesayuan tak berhujung. Ku lihat engkau lemas dihempas lara yang menggelora. Sementara jemari mu tegang dalam mencuba menggapai hati ku. Sementara bola mata mu tak surut diselimuti duka. Sementara bibir mu terlukis senyuman yang pernah aku lakar di atas kanvas impian. Di ketika pepohon belum berakar. Di ketika ranting tak mahu berbunga.
Tegang. Kali ini tegang.
Tak semudah itu angin bertiup. Ada bahang meresap padanya. Menghujam kulit leher kita sehingga darah pun ikut membuak-buak menjadikan kita sedikit bertentangan.
YOU ARE READING
Menari Dalam Gelap.
PoetryRintik-rintik waktu yang gugur di antara kita; jalan dan lorong-lorong kecil pun tak menuju maksud. Sepi kian meresap ke dinding kamar tidur kita, di mana kita berdua dalam ketiadaan; hilang dalam kewujudan. Dalam aku digulung debu-debu hitam dan ka...