"Kau akan ditinggalkan sendiri,"
"Orang ini akan pergi ke dunia baru dan kau tak akan lagi bisa bersama siapa pun,"
"Saudara-mara mahupun sahabat handai tak selamanya akan tepat di sisi mu,"
"Kau mesti menemukan pasangan sebagai teman sepanjang hidup mu,"
Aku bukan pendebat yang ada seribu alasan sebagai penolakan. Aku juga bukan pejuang yang berentap di atas maksud orang lain. Aku tidak mahu menjadi sesuatu hanya kerana aku melihat mereka gah dengan arah hidupnya.
Kerana aku adalah diri ku, tak menurut warna lazim pada pakaian mu. Kerana selama ini aku berfikir tanpa tangan dan aku selalu berada pada jalan ku. Jalan peninggalan ayah. Jalan menuju diri ku sendiri. Jalan menuju ke seberang kejatuhan ku.
Adalah nista jika niat bukan kerana bersama.
Iya, yang baik itu ialah yang mahu ikut melarat,
tapi adakah aku baik jika aku mengajaknya untuk melarat?
Begitu lah, aku berfikir tanpa tangan.
Aku akan bersendirian?
Benar, kerana kau adalah orang pertama yang akan pergi.
YOU ARE READING
Menari Dalam Gelap.
PoetryRintik-rintik waktu yang gugur di antara kita; jalan dan lorong-lorong kecil pun tak menuju maksud. Sepi kian meresap ke dinding kamar tidur kita, di mana kita berdua dalam ketiadaan; hilang dalam kewujudan. Dalam aku digulung debu-debu hitam dan ka...