Hujan.

44 8 0
                                        

Hujan sering meminta kita berbicara dengan hati,
Bukan gerak tubuh mahupun mainan mata mu yang sunyi,
Kita diam di sudut kamar merenung hujan,
Membiarkan angan melayang dan resah memendam,

Bibir mu rapat dan tersenyum dengan mata yang melayang-layang di antara hujan dan langit,
Sedang aku, mencuba untuk menyelinap ke jiwa mu,
Demi mengintai hati mu yang terdalam,

Adakah mata mu melihat aku dari langit yang pudar dan basah?
Adakah kau biaskan senyum itu kepada ku?
Adakah kau juga sedang mengintai hati ku?

Kerana sesudah ini kita akan pulang,
Kerana sebuah perpisahan itu tidak lebih dari sekadar panorama yang ditimbus kabus dan asap,
Tak berarti tanpa rindu bersulam di setiap jarak di antara aku dan kau,
Rindu itu harga selaksa memori,

Kau hanyut diguyur deruan hujan,
Perkataan ku lupus oleh kebisuan,
Gerak tubuh dan mainan mata mu adalah tanda tanya tak terungkaikan,
Dalam berdampingan kita berjauahan,

Hujan merintih kehampaan.




Menari Dalam Gelap.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang