Hai kawan....
Apa khabar kamu?
Bagaimana keadaan mu?
Ranjau dan raungan api menjulang di samping pendakian mu itu, apakah telah kamu lewati?Semoga mentari akan sentiasa menemani kamu ke sana..,
Bulan dan bintang akan menghapus keheningan malam yang sering membunuh nyanyian merdu mu tentang kebahagian sejati,Hai kawan,
Masih ingatkah kamu pada ku?
Aku yakin kamu ingat,
Meski tiada apa di antara kita melainkan teman lama dan menyepi,Tidak!
Aku tidak menyepi,Cuma debu dan kabut mengaburi penglihatan mu akan kehadiran ku,
Lagipula, aku bukan sosok yang berada di atas pencarian mu,
Cuma kamu, yang selalu menari dihujung mata ku,Tidak mengapa,
Aku gembira kamu bahagia,
Kerana aku sudah lama kecundang,
Impian saya telah hanyut,
Ia hanyut bersama kesal dan lara tatkala takdir menemui titik persimpangan hidup ku dahulu,Sejak itu,
Aku berundur dari impian yang tersimpan sejak kecil,
Sejak kita berdua berada di suatu peristiwa yang kamu selalu ingat,
Suatu petang di tengah pekan Tampin,
Kamu selalu berseloroh dengan kenangan itu di setiap kali kita bersua,Iya, ketika kita masih kecil,
Kita sedang mekar,
Mimpi kita jitu,
Sebelum kita tahu,
Dunia ini bukan milik kita,
Ia dicipta untuk menghancurkan kita,
Dan kita sering belajar daripada kehancuran itu,
Sampailah kita kepada impian yang tak pernah kita sangkakan,Hai kawan,
Sekali lagi aku membahasa kamu sebagai kawan,
Sebelum aku mulai merangka isi warkah ini,
Telah datang khabar kepada ku tentang kehadiran seorang lelaki berjiwa besar,
Ia mahu mengisi hatimu yang pernah gundah,Dan tadi kamu telah selamat dijadikan suri hati lelaki budiman itu,
Terharu aku mendengarnya,
Kamu sudah pun memiliki impian kamu dahulu,
Kamu mahu dunia yang luas dan menyenangkan,
Dan kamu telah bertemu dengan dunia itu,
Aku telah melihat kembali senyuman yang aku pernah gemari,Selamat pengantin baru kawan,
Semoga kesabaran dan kebahagiaan mengiringi perjalanan hidup mu di dunia yang baru,Semoga lebih banyak gerbang bahagia terbuka untuk mu...
...,........
.............
YOU ARE READING
Menari Dalam Gelap.
PuisiRintik-rintik waktu yang gugur di antara kita; jalan dan lorong-lorong kecil pun tak menuju maksud. Sepi kian meresap ke dinding kamar tidur kita, di mana kita berdua dalam ketiadaan; hilang dalam kewujudan. Dalam aku digulung debu-debu hitam dan ka...