Tiga Jam

56 5 0
                                        

Dalam sebuah perjalanan akan ada hal tak terancang. Sedang hal yang terancang tak pernah ada, malah menjadi kan aku kesepian terlalu lama.

Seperti tempoh tiga jam di atas lebuh raya di antara ibu kota dan bandar Batu Pahat.

Bisu di dalam perut bas ekspress. Corong penghawa dingin mencuit bahu ku, agar segera aku menyapa nya sebelum tiga jam ini lenyap.

Hampir, aku hampir senyum, sedang itu adalah kejanggalan; kerana apabila dia menjawab aku segera memalingkan wajah ke arah tiang lampu di bahu jalan, ia bergilir-gilir di lewati kecepatan waktu.

Nyaris, aku nyaris bertanya akan jenama jam tangan yang langsung tidak ada kaitan dengan ketertarikan ku kepadanya. Seperti rambut hitam yang dibiar lepas. Seperti warna kulit nya, seakan awan tipis di langit mekar dan biru.  Maka itu, segala rencana  jadi nyaris.

Tiga jam berlalu,

Bingar Terminal Batu Pahat membawa dia ke sana, dan aku seperti lazimnya. Tewas keatas diri ku sendiri.

Menari Dalam Gelap.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang