Kelmarin,
Kita berbicara tentang gunung yang kukuh menjulang. Awan menjaga kesucian puncaknya. Suara kita bulat tentang keindahan dan harapan. Bukan mudah menggapai sesuatu yang kita tidak pernah berjalan kepadanya.Kelmarin,
Kita juga berbicara tentang laut. Deburan ombak dan desiran air diresap pasir pantai. Kita sama tak mendapati sebarang solusi buat menghentikan gelora. Kerana ombak adalah detakan jantung kita ketika hidup sesuatu yang abadi. Maka, bulat suara kita. Hidup adalah usia dan takdir.Hari ini,
Setelah sekian lama kita bersimpangan. Takdir mempertemukan kita di antara gunung dan laut.Dan kita hampir kepadanya.
YOU ARE READING
Menari Dalam Gelap.
PoetryRintik-rintik waktu yang gugur di antara kita; jalan dan lorong-lorong kecil pun tak menuju maksud. Sepi kian meresap ke dinding kamar tidur kita, di mana kita berdua dalam ketiadaan; hilang dalam kewujudan. Dalam aku digulung debu-debu hitam dan ka...