Hidup tiada tawar menawar
Kita bebas dalam kurungan
Di sini tiada syurga mahupun neraka
Cuma kita yang dilahirkan telanjang lalu membesar menjadi dewasa.
Kita temukan pelbagai hal
Tiada yang benar melainkan kebenaran
Tiada yang palsu melainkan dusta
Kerana yang betul-betul pasti, kita tak pernah bertemu dengan kekal melainkan sementara
Tiada siang yang kekal
Melainkan malam yang sementara.
YOU ARE READING
Menari Dalam Gelap.
PoesiaRintik-rintik waktu yang gugur di antara kita; jalan dan lorong-lorong kecil pun tak menuju maksud. Sepi kian meresap ke dinding kamar tidur kita, di mana kita berdua dalam ketiadaan; hilang dalam kewujudan. Dalam aku digulung debu-debu hitam dan ka...