Sehelai Daun Gugur.

53 5 0
                                    

Sehelai daun gugur ke tanah. Di antara daun-daun tua. Bulan semakin turun ke barat. Malam yang hanya datang sekali, selebihnya adalah fajar yang tidak berhenti. Fajar yang dekat mahupun jauh atau dijauhi. Ia tetap fajar yang membawa pagi untuk burung-burung berkicauan.

Daun gugur itu menyapa ku, ia menunjuk ke arah senja buat pertama kali setelah selama ini aku terlalu berharap kepada fajar, memuja kegelapan malam.

Senja sedang memanggil-manggil nama timangan ku. Di kubah langit yang merah padam, ada bayang-bayang malaikat di samping matahari.

Terlalu pantas waktu berlalu. Aku sedang menatap senja di tengah pendakian sebuah bukit yang pernah ayah ceritakan. Selama 25 tahun, setiap hari adalah cerita ayah tentang bukit ini; yang di dakinya. Selama itu aku berada di sini dan aku mesti tiba di kemuncak. Kerana kata ayah di situ ada sekuntum bunga unggu untuk hidup yang abadi di dalam keharuman dan kemesraan.

Senja telah menjelang. Aku masih di pendakian. Runcing kemuncak belum jelas kelihatan. Tapi aku mesti mendapatkan bunga unggu itu. Sebelum tidak ada lagi daun yang gugur. Sebelum senja itu sendiri yang menyapa ku.


Menari Dalam Gelap.Where stories live. Discover now