Deria dengar ku belum lumpuh. Gerak hati ku belum rapuh. Setiap suara serendah bisik dalam ritma gemersik mahupun gaduh dengan naluri tuduh, sedikit dan seluruh menarik jelingan ku menafsir apa yang kau cuma bilang sebagai penganiayaan.
Sebelum kau tak pernah meminta pencerahan.
Kadang kita menurut rungut hati sampai lupa kata kunci. Kata kunci pertama yang sebenarnya adalah jawapan pada segala persoalan. Sedang kita sebenarnya takut berdepan dengan tindak balas disebabkan naluri menuntut untuk bersembunyi di balik tanda tanya.
Tanda tanya yang sekadar mahu menunjukkan kita lebih cerdas berbanding tujuan asal kita seperti sebelum kita menekan butang 'mula'.
Sukar.
Segalanya sukar kalau kita suka menjauh dari rundingan. Takut untuk menyatakan kebenaran.
Segalanya malah bertambah sukar apabila kebenaran itu kita jadikan sebagai rungutan lalu menjauh pula dari rundingan.
Kerana bersama itu adalah satu. Kalau lebih dari itu, namanya perpecahan.
YOU ARE READING
Menari Dalam Gelap.
PoetryRintik-rintik waktu yang gugur di antara kita; jalan dan lorong-lorong kecil pun tak menuju maksud. Sepi kian meresap ke dinding kamar tidur kita, di mana kita berdua dalam ketiadaan; hilang dalam kewujudan. Dalam aku digulung debu-debu hitam dan ka...