Mahu tahu apa itu kesunyian? Lihat bangku rotan di balkoni. Ia terlalu merindukan yang terdahulu. Kau tak akan sanggup duduk di atas bangku rotan itu. Ia hanya akan memaku tak bergoyang.
Atau kalau kau pernah duduk di atas bangku rotan di balkoni, sudahkah kau nampak panorama malam dari balik kaca matanya? Kerana setiap malam, hening mahupun mendera, ia tenang meratap bintang-bintang atau bulan, atau awan yang melitupi segala-galanya.
Ketika siang menjadi lautan api, ia dan bangku rotan setia bersama merentas langit dengan balkoni yang berubah menjadi kapal angkasa. Ia dan bangku rotan, santai bergoyang-goyang saat senja bernyanyi menyambut kepulangannya. Tinggal bangku rotan di balkoni tak lagi bergoyang.
Tak ada yang lebih sunyi dari bangku rotan di balkoni. Sementara aku menjauh darinya.
YOU ARE READING
Menari Dalam Gelap.
PuisiRintik-rintik waktu yang gugur di antara kita; jalan dan lorong-lorong kecil pun tak menuju maksud. Sepi kian meresap ke dinding kamar tidur kita, di mana kita berdua dalam ketiadaan; hilang dalam kewujudan. Dalam aku digulung debu-debu hitam dan ka...