Sesungguhnya, ada rasa syukur yang sering aku bisikkan dalam sujudku. Tidak pernah aku persembahkan pada yang lain walaupun pada ibu. Kerana di dalam remang-remang di antara kita, hanya Tuhan yang tahu di mana akan datang terangnya. Di mana akan ada ruang untuk kita berdua merentas ke seberang.
Ibu adalah salju kepada lahar yang sedang meluap-luap. Kadang ibu adalah lahar itu. Manakala, salju dan lahar adalah nikmat ketika kita berada di sebaliknya. Sedang kaca menghadang aku menyentuh di sebalik itu.
Aku adalah salah seorang yang muncul dari pintu ibu. Pintu pertama di sekalian ratusan pintu di sepanjang hayat ku. Ibu tidak mampu mengiring aku memilih pintu-pintu itu, tapi dari ketidak-kemampuan itu aku belajar untuk menjadi mampu. Pagi ini, aku kembali mengetuk pintu rumah kita, bersama ketidak-mampuan yang telah aku jadikan ia sedikit mampu.
Aku kembalikan pada ibu sebagai hadiah dan penghargaan. Sebagai sedikit kemampuan membalas jasa-jasa yang terlalu tinggi harganya. Hanya Tuhan yang layak untuk harga itu. Kerana kasih Tuhan itu kekal; justeru kebahagiaan ibu adalah kebahagiaan hakiki.
Syukur,
Ketika aku melihat alam di bawah mentari; dan ibu ada di sekitarnya sebagai ibu.
14/5/17 Ahad. Selamat hari ibu.
YOU ARE READING
Menari Dalam Gelap.
PoesiaRintik-rintik waktu yang gugur di antara kita; jalan dan lorong-lorong kecil pun tak menuju maksud. Sepi kian meresap ke dinding kamar tidur kita, di mana kita berdua dalam ketiadaan; hilang dalam kewujudan. Dalam aku digulung debu-debu hitam dan ka...