≠1

11.5K 561 8
                                    

"---cause you're my day"

"Mak! Hensemnya! Seksinya! " jerit aku tatkala melihat kereta yang berjenama BMW I8 itu. Pisang yang sedangku goreng, ku biar sebentar. Cuci mata dulu! Bukan selalu kereta mahal berhenti kat kedai mak aku ni. Lagi-lagi kereta idaman beb!

"Ape yang hensem dan seksinya tu? Haih. " ujar Puan Fatimah sambil tergeleng-geleng. Apalah budak zaman sekarang ni, ada ke dia kata, kereta tu hensem dan seksi? Tak patut betul.

"Tu mak! " aku mencebikkan bibir ke arah BMW tersebut. Eeee, makin geram sis tengok!

"Err, mak cik goreng pisang 2 ringgit. " ujar seorang lelaki .

"Boleh-boleh. " jawab Puan Fatimah sambil mengambil plastik dan meletakkan pisang yang sudah digoreng ke dalamnya. Malas mahu melayan anak daranya itu. Kang lari pelanggan pulak.

"Err, mak cik. Boleh tanya? " lelaki tadi, bertanya.

"Boleh. Apa dia? "

"Apa yang hensem dan seksi? Yang anak mak cik cakap tadi tu? " tanya lelaki itu, ramah.

"Ohhh. Si Safiya tu cakap dekat kereta adik la. " Puan Fatimah menjeling sedikit melihat anaknya masih ralit melihat kereta mahal tersebut. Bikin malu kaum je Safiya ni!

"Oh. " lelaki tersebut menganggukkan kepala. Amboi, bukan main lagi usya hero aku. Sakit betul hati kita! .

"Nama adik ni apa? " Puan Fatimah mula beramah mesra. Ye lah kan, jarang melihat anak orang kaya zaman najib ni, tak sombong.

"Nama saya Adam Asyraf. Panggil Asyraf je." balas Asyraf sambil tersenyum sedikit sambil menghulurkan 2 ringgit kepada Puan Fatimah.

"Oh, terima kasih ya Asyraf. Datang lagi. " ujar Puan Fatimah.

"Ok. Sama-sama. " Asyraf mula melangkah ke keretanya. Nak pergi cepat-cepat, minah ni, tak habis-habis usya hero aku!

"Ya allah, Alanna Safiya! Hangus pisang goreng mak, nak oi! " jerit Puan Fatimah. Geram sungguh. Tahula kereta kegemarannya ada di depan mata, jangan la sampai hangus pisang aku!

"Eh, ampun mak! Ampun ! Tak buat lagi. " Safiya mula melarikan diri ke depan kedai. Kang kena ketuk dengan sudip, naya je.

"Hish kau ni. Kau perati kereta macam nak telan tu pasaipa? Haih. Menurun sapa pun, aku tak tahu la kau ni Safiya. " bebel Puan Fatimah .

"Hehe. Kan Fiya dah cakap tadi. Cekci sangat. Tak kuat iman Fiya mak. " Safiya sengih.

"Cekci tang mana pun, aku tak tahu la. " apalah nak jadi dengan anak dara aku ni?

"Hehe. Sorry la mak. Nanti Fiya ganti balik eh, pisang mak yang hangus tu. " Safiya tergelak kecil. Lucu melihat muka garang maknya.

"Dan satu lagi. Fiya balik dulu ye. Petang nanti Fiya nak jumpa kawan ya mak. Mak cik Peah tolong tengok-tengokkan mak kita yang garang ni ye. " sambungnya lagi. Sempat mengusik maknya. Makin galak dirinya ketawa. Enjin kereta Audinya dihidupkan.

Safiya sendiri tidak pasti mengapa dia memilih kereta Audi ketika abahnya ingin membelanjakan kereta untuknya. Sedangkan dirinya meminati kereta yang berjenama BMW. Mungkin bertambah minat sebab tengok mamat yang turun dari kereta tadi kot ! Apa namanya tu? Adam Asy? Asylif? Entah, kurang dengar. Khusyuk sangat melihat kereta milik lelaki itu. Hensem ah!

_____

Dont forget vote n comment.

_____

458wrds√

Cinta Lelaki Bongkak !Where stories live. Discover now