Surat khabar dibeleknya . Kaca matanya yang seperti mahu tertanggal , ditolak rapat kembali. Angin di halaman rumahnya , pada waktu petang ini, sungguh menenangkan .
"Abang " seru isterinya yang lama berdiam diri di hadapannya. Surat khabar yang dipegangnya , di turunkan sedikit . Kening diangkatnya sebelah. "Apa ? " soal Tengku Ahmad.
"Saya nak cakap sikit boleh ? " soal Tengku Airien kembali. Suaminya kelihatan melipat surat khabar yang dibaca tadi.
"Sejak bila , sayang suka mintak izin dulu sebelum cakap ni ? " soalan dibalas soalan kembali. Terus sahaja Tengku Airien mencebir . 'Perli je tahu. '
Tengku Ahmad tergelak. Comel betul , bini siapa ya ni ?
"Abang , elok - elok lah. Saya serius ni " tegas Tengku Airien , paha suaminya diguntil .
"Okey - okey. Abang serius . " ketawanya cuba ditahan . Wajah cemberut isterinya dipandang tanpa jemu.
Tengku Airien senyum sedikit . Suaminya apabila berhadapan dengan anak - anak , memang tegas . Sehingga sifat suaminya yang suka main - main dengannya tidak diketahui sama sekali oleh anak - anak .
"Abang , saya rasa abang terlalu tegas dengan Asyraf , " ujarnya . Tawa suaminya terus mati .
"Sayang , abang nakkan yang terbaik buat Asyraf , " balas Tengku Ahmad . Jari jemari isterinya disulam lembut .
"Tapi kenapa mesti ugut dia ?, " soal Tengku Airien , lembut sahaja. Tidak mahu suaminya cepat naik angin kerana sifatnya yang suka menyebelahi anak - anak .
"Asy, mengadu dekat awak ? ,"
"Tak , tapi saya tahu awak akan bandingkan Asy dengan Hairi. , "
"Bukan niat saya macam tu . Saya nak dia bersungguh dapatkan jawatan tu . Walaupun saya tahu , Asy memang layak dengan jawatan Ceo . Saya nak dia rasa bertanggungjawab . Bukan awak tak faham dengan perangai anak awak yang satu tu ," terang Tengku Ahmad . Wajah redup isterinya dikerling . Kenapa pulak ni ?
"Are you okey ? ," tanya Tengku Ahmad .
"I'am sorry . Sebab salah sangka dengan abang . Saya---"
"Kita manusia biasa. Always makes mistake," pintas Tengku Ahmad . Kepala isterinya digosok - gosok . Dah tua pun still manja .
"Thank you " Tengku Airien , melakar senyuman manis buat suaminya .
"Tolong nasihatkan anak teruna awak , jangan terlalu kerap keluar dengan perempuan . Saya risau "
Tengku Airien mengangguk . Tahulah nanti dirinya akan memberi ceramah percuma kepada Asyraf apabila anak terunanya pulang nanti .
****
Pintu bilik tersebut diketuknya . Suara orang yang berada didalam , memberi keizinan masuk . Tombol pintu , dipulas . Wajah kepenatan gadis tersebut , dipandangnya .
"Letih ? ," soalnya . Pintu dibiarkan terbuka . Risau jika ada jururawat yang lalu disitu , memikirkan perkara yang bukan - bukan .
"Ya. " jawab Safiya , perlahan . Tiga kali masuk bilik bedah hari ini . Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar. Tidak ada pembedahan yang tidak berjaya .
"Lunch ? ," pelawa Danish .
"Sure. Lagipun saya tak sempat breakfast tadi , very hungry now ! ," beg tangannya diambil . Danish ketawa kecil . Lucu dengan telatah Safiya .
Kerusi ditarik khas buat Safiya apabila sampai di restoran . Safiya terasa segan , namun tetap jua duduk .
"Waiter !" panggil Danish . Pelayan laju menghampiri mereka .
"Thanks , " ujar Safiya apabila selesai memesan makanan. Tak sabar nak makan ! Nampak macam sedap aje makanan dekat sini .
"So , dah genap sebulan jadi doktor . Best ? " soal Danish sambil menatap tanpa jemu wajah Safiya . Safiya berdehem kecil . Tak selesa apabila di pandang begitu .
"Best . But -- agak memenatkan . " balas Safiya . Matanya memandang pelanggan - pelanggan yang berada didalam restoran ini. Seketika , matanya terhenti disalah seorang pelanggan and -- dia memang terlalu kenal lelaki tersebut . Lelaki itu turut memandangnya. Safiya cuba membuat riak muka biasa. Seolah - olah dirinya tidak mengenali lelaki tersebut.
"Safiya , -- you okey tak ni ? " soal Danish . Riak wajah Safiya dapat dibacanya .
"Okey , okey. Kita makan cepat sikit ya . Kejap lagi , saya ada appointment dengan patient " balas Safiya apabila pelayan menghantar makanan mereka .
"Thanks " ujarnya kepada pelayan wanita tersebut . Pelayan tersebut hanya mengangguk sebelum beredar. Danish makan , tanpa menanya apa - apa soalan .
***
Rania yang berada dihadapannya , dikerling. Tak habis - habis menggedik ! Naik jemu pulak aku tengok . Meja - meja yang dipenuhi oleh customer di pandang sebelum matanya terhenti di meja yang agak dekat dengannya .
"Itu bukan Safiya ke ? " gumamnya perlahan . Tapi dengan siapa ? Mesra semacam je ?
Safiya turut memandangnya . Gadis itu hanya memandangnya kosong sebelum berpaling memandang lelaki yang berada dihadapannya dengan senyuman. Murah betul senyuman dia dekat laki tu.
Kenapa dia pandang aku macam tu ? Dia tak kenal ke aku ?
"Ah , buat apa aku fikir fasal dia . " gumamnya lagi .
"You cakap dengan siapa ? " soal Rania , hairan .
Asyraf hanya menggeleng . "Makan cepat , I ada kerja nak buat lepasni . "
Rania mencebir .
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...