Asyraf mengatur langkah longlai ke dalam rumah banglo mewah milik daddynya . Badan dihempaskan ke sofa. Tapak tangan dilekapkan ke dahi .
"Haaaa, Asyraf mana keknya ? " soal Tengku Airien . Kek dicari disekitar tempat Asyraf . Jangan cakap yang budak ni ---
"Tak beli my ." ujar Asyraf selamba . Lantaklah . Kesah apa . Makan je la apa yang ada . Bukan penting pun kek tu .
"Ya allah, budak ni ! Hei, majlis dah nak mula , kenapa Asy tak beli ? " Tergeleng - geleng kepala Tengku Airien, tak boleh diharap langsung.
"Entah, kedai tutup kot " Asyraf membalas malas . Iphone yang diletakkan ke dalam saku seluar , dikeluarkan. Jarinya menekan -nekan skrin Iphone tersebut .
"So, macam mana ni Asy ? "
"Entah , my . Mummy tak ada ke simpan kad - kad contact kawan mummy yang jual kek ? "
Betul juga. Laju kaki Tengku Airien mengatur langkah ke tingkat atas . Laci dimeja solek dibukanya . Banyak kad - kad yang dia simpan . Tak sangka boleh diguna sekarang ini .
The Delicious Cake
Matanya tertacap kepada kad tersebut . Iphonenya diambil . Segera dia menelefon nombor yang tertera dikad tersebut .
"Okey thanks , kalau boleh hantar cepat - cepat. Saya akan send location dekat Whatsapp " ujar Tengku Airien. Talian dimatikan. Dia tersenyum puas . Fuh, lega . Nasib baik ada kek yang dia mahukan .
******
Safiya yang sedang sibuk di kaunter dihampirinya. Nak tak nak, dia harus juga meminta tolong gadis itu . Sekejap lagi clientnya akan datang , dia tidak sempat untuk menghantar tempahan kek yang ditempah oleh kawan maknya ."Anna, boleh tolong akak tak? " ujar Kak Lina . Ditangannya memegang dua buah kek red velvet .
"Boleh , tolong apa kak ? " soal Safiya . Matanya memandang wajah Kak Lina yang agak cemas . Kenapa ni ?
"Tolong hantar kek ni kejap . Akak ada temu janji dengan client kejap lagi . Yang lain pula sibuk siapkan cupcake yang orang tempah esok . Anna sorang je free ni , boleh kan ? Lagipun majlis customer ni nak mula . Tolong ya ? " terang , kak Lina . Dua buah kotak kek tersebut dihulur kepada Safiya .
Safiya mengambil kotak kek dari kak Lina . "Nak hantar dekat mana ? " soalnya .
"Shah Alam . Nanti akak send location dekat Whatsapp . Hantar cepat - cepat tau , akak risau kalau tak sempat je ."
"Okey . Anna pergi dulu. " kotak kek diletakkan diatas meja . Apron yang dia pakai, dibuka . Handbeg nya diambil. Kek diambil kembali. Kereta Myvi bibiknya dituju.
Safiya meliarkan matanya, mencari alamat rumah yang dihantar oleh kak Lina . Rasanya memang betul ini rumahnya . Lagipun siap pasang khemah lagi . Matanya tertacap kepada kereta mewah kegilaannya . Fuh, kaya betul customer kak Lina ni . Handbeg diambil, pintu penumpang belakang dibuka . Kotak kek diambil. Kereta bibik dilock, risau kalau hilang .
"Assalamualaikum " Safiya memberi salam apabila sampai dipintu besar rumah tersebut . Kepala ke kiri ke kanan mencari tuan rumah. Aku bukan kenal siapa tuan rumah ni ! Handbeg dibuka , Iphone Xnya dikeluarkan . Kak Lina di Whatsappnya .
"Eh, ni dari kedai kek yang saya tempah ya ? " soal wanita yang agak berusia , tetapi mempunyai wajah yang cantik .
"Haaa, betul - betul . " tangan Safiya hulur . Tangan aunty tersebut disalam , bukan main wangi lagi tangan dia . Haip, sempat lagi ya kau , Safiya .
"Masuk - masuk . Adik ni -- "
"Alanna Safiya , panggil Anna je Puan" ujar aku , ramah .
"Just panggil aunty , tak perlu formal - formal ." balas Tengku Airien , lalu tersenyum . Manis sungguh gadis ini .
"Hehe ." Safiya mengikut langkah Tengku Airien dari belakang . Dekorasi rumah ni menarik . Berkonsepkan ala - ala rumah omputih .
"Asy , ambil kek dari Anna , kesian dia dari tadi bawa . " ujar Tengku Airien apabila melihat Asyraf baru sahaja turun dari tingkat atas . Safiya masih lagi ralit memandang sudut dalaman rumah ini .
"Okey ." balas Asyraf . Gadis yang berada dibelakang mummy didekati . Minah ni lagi ? Tadi mummy cakap Anna , tapi ni setahu aku nama dia Safiya ? Mana satu ni ? Ke perempuan ni menyamar ?
"Bak sini kek tu . " sergah Asyraf . Safiya terkedu . Mata bundarnya terbuka luas . Terkejuzzt .
"Bak sini . Berangan pulak . " kotak yang berada ditangan Safiya dirampas.
Safiya mendengus. Tak boleh mintak elok - elok ke dia ni ? Ada je modal dia nak cari gaduh dengan aku. Asyraf dijeling .
"Kau nampak pintu tu kan ? So, leave . " ujar Asyraf , sinis . Sakit matanya melihat gadis ini .
Safiya berdecit . Kau fikir aku nak duduk lama - lama ke lepas tau kau anak aunty ni ? Kalau tak ingatkan aunty ada, dah lama mamat ni aku sembur .
"Asy, tak baik cakap macam tu . " tegur Tengku Airien.
"Tak apa aunty . Saya balik dulu ya . Duit tu, aunty bincang dengan Kak Lina ya . Saya nak cepat juga ni . " tipu Safiya . Tak betah dirinya berada lama di rumah lelaki bongkak ini . Tangan Tengku Airien disalamnya.
"Tak nak minum dan makan dulu ke ? " pujuk Tengku Airien . Gadis ini baginya baik .
"Lain kali ya . Saya balik dulu. " Safiya meminta diri. Laju kakinya melangkah keluar dari rumah tersebut . Fuh, tenang !
*****
Actually saya nak inform yang saya try update sampai bab 10 sebab ? Saya nak fokuskan & habiskan dahulu Jodoh Pilihan Mama so, kalau nak saya sambung bab 11 , rajin - rajinkan diri vote and comment . Kasi support, if story ni hambar , just dm . :) saya cuba buang yang hambar tu .
And kalau tak keberatan , share dengan kawan - kawan story ni ya . Kasi gempak sikit novel saya .
And too, for the silent readers , tenkiu sudi baca , tolong vote and commentkan sekali ya ?
Tq vry much , yang selalu vote and keep reading walaupun hambar :( .
Keerul 🎈
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...