"Hi sweetie ! Miss me ? ," soal Asyraf , wajahnya terlakar sengihan nakal . Wajah masam Safiya , mengelikan hatinya .
Safiya mendengus . Miss me , miss me ! Selepas seminggu baru nampak batang hidung , sebelum ni menghilang ke mana ?
Haip ! Kenapa aku kena marah pulak ? Macamlah si Asyraf ni suami aku ! Wajahnya dikawal sebaik mungkin .
"Tak ada masa ," tanpa nada Safiya membalas pertanyaan dari Asyraf.
"Ye ke ? Rasanya macam ada ," Asyraf mengusik . Safiya menjeling .
"Buang masa rindu orang macam awak . Seminggu hilang , then muncul balik . Macam chipsmore ! ," rungut Safiya , tanpa disedarinya . Tersedar sahaja dirinya terlanjur meluah rasa , malu menebal yang dia rasakan ! Kantoi , malunya!
Asyraf tersenyum meleret . Apa tandanya ya ? Agaknya aku kena hilang dua tiga minggu barulah si dia akan meluah rasa . Bahagianya !
"Apa senyum - senyum ? ," soal Safiya , suaranya agak kedengaran sinis . Namun , di pendengaran Asyraf tidak ! Baginya , Safiya cuba berselindung lagi . Tak mahu terus terang biarpun dia faham dan mengerti apa yang Safiya cuba sembunyikan .
"Senyumkan sedekah . Why not kan ? ," jawab Asyraf , bibirnya tidak lokek dengan senyuman hari ini.
"Suka hati awaklah , tak kesah ," telefon bimbitnya diambil di dalam tas tangan . Jarinya mula men'scroll' di laman Facebook .
"Inilah , yang jadi viral sekarang ," cetus Asyraf , tiba - tiba . Safiya memandang pelik . Apa kena mengena ?
"Datang sini , nak lepak . Last - last main handfone . Apa ni ?," Asyraf beriak marah , yang dikategorikan lebih kepada acah . Eh ?
"Kesah pulak saya ya ?," Safiya mengejek . Matanya tidak beralih dari memandang skrin telefonnya . Sibuk meneliti email yang baru sahaja dihantar oleh PA nya . Apa ? Ingat jadi pengurus ni goyang kaki , then tunggu duit masuk . Gitu ? Hell no , okey ! Tak kira tempat , kerja je memanjang .
"Sayanggggggg––," rengek Asyraf tiba - tiba . Gatal sungguh. Marah dia tak layan , manja - manja la pulak ek ?
"Siapa sayang awak ? ," tanya Safiya , sinis . Mengada lebih mamat ni !
"Awak la . Doktor Alanna Safiya saya . " tak malu Asyraf menuturkan kata - kata tersebut .
"Eee , perasan nak mampus !," getus Safiya . Makin lama , makin geli kalau dilayan mengada sengal mamat empat suku ni . Empat ? Entah .
"Bila kita boleh kahwin ? ," soal Asyraf , tanpa segan silu . Segannya hilang apabila Safiya berada dekat dengannya . Kuasa cinta kut . Huhu.
Tercengang seketika Safiya mendengar soalan yang dilontarkan Asyraf . Selamba gila ! Agaknya dengan perempuan lain pun macam jugak .
"Siapa nak kahwin dengan awak ? ,"
"Awaklah , ish berapa kali saya nak ulang ni ? Doktor Alanna Safiya sayalah ," rungut Asyraf , macam budak kecik . Yang mengadu dekat mak , tapi mak dia tak faham - faham . Samalah ragamnya macam si Asyraf ni .
Safiya menjeling . Macam manalah daddy dia nak kasi jawatan CEO , kalau perangai nak sama dengan budak yang still main kahwin - kahwin bawah pondok ?
"Tak apalah , kalau awak tak sudi nak kahwin dengan saya . Tapi kesah apa saya , awak tetap kena jadi isteri saya . Huh , titik. Noktah . Don't talk ! ," Asyraf mencebik . Gedik sangat ke aku ? Ah , lantaklah . Yang penting , aku betul - betul serius nak kahwin dengan Safiya .
Safiya menahan tawanya . Ya allah , comel betul anak Tengku Airien ni. Dia fikir nak kahwin ni , macam mintak lolipop agaknya ? Sesuka hati je nak paksa - paksa .
"Childish ," dengus Safiya . Biarpun hatinya sedikit tertarik dengan ragam Asyraf . Dengan tingkah laku Asyraf yang sentiasa mencuit hatinya .
"Childish dengan sayang je , " omel Asyraf pula .
Allahu , menjawab nombor satu mamat ni ! Menurun siapa agaknya ?
"Memang patut pun Tengku tak yakin si Asyraf ni boleh jadi CEO ," gumam Safiya sendiri .
"Apa ? ," soal Asyraf , tidak seberapa jelas apa yang digumam Safiya .
"Tak payah sibuk nak tahu ," marah Safiya . Asyraf mencebik . Kedekut betul .
*****
Soryy short update. Idea tak timbul². Asyik tenggelam je. Inipun update cause CLB dah naik to 500 readers! Tenkiu tenkiu very much.
Saya cuba update lagi sbab hujung minggu depan, exam!Lagi tak sempat. Tapi tak janji tak update. Insyallah sya cuba,curi² masa utk update. Doakan sya mudah jawab exam ya! 💋
Sempena Tun M bagi cuti hari Ahad, saya cuba update ya.
Happy reading!
Tq 💖💕
YOU ARE READING
Cinta Lelaki Bongkak !
ChickLitSecond Romance by Keerul Sarah. Setiap kali bertemu empat mata, ada sahaja yang tidak kena. Berbalas mulut bagi mereka biasa. Dua - dua keras kepala ! Identiti Safiya yang tidak diketahui oleh Asyraf membuatkan Asyraf memandang hina Safiya. Ada sa...